Wanita hadiah utama judi

HARIAN METRO – CAMERON HIGHLANDS: Penganjur satu sindiket perjudian dipercayai menawarkan pakej bermalam dengan seorang wanita sebagai hadiah kepada pemenang.

Kegiatan itu terbongkar dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi semalam membabitkan penahanan 12 kaki judi selepas polis menerima maklumat awam berhubung kegiatan itu di sebuah rumah di Ringlet, dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Yahaya Othman, berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) yang mengepung rumah terbabit.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai lebih RM1,000 serta peralatan perjudian.

“Polis turut menahan seorang wanita warga China berusia 23 tahun, dipercayai dibawa lelaki yang menjadi penganjur aktiviti perjudian itu. Polis percaya wanita itu dijadikan hadiah utama kepada pemenang,” katanya

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati wanita warga China itu memiliki pasport dan visa sebagai pelancong, tetapi menyalahgunakannya untuk terbabit dalam kegiatan pelacuran.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: