Urutan terapi tukar rogol

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: Hasrat seorang suri rumah untuk mendapatkan rawatan urutan terapi daripada seorang doktor di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang Selatan, di sini, bertukar tragedi apabila dirogol lelaki gila seks berkenaan, baru-baru ini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 9.45 pagi, Isnin lalu, mangsa berusia 47 tahun pergi bersendirian ke rumah doktor berkenaan yang dijadikan pusat terapi.

Mangsa dikatakan mengetahui kewujudan kegiatan terapi itu selepas diperkenalkan oleh beberapa rakannya yang memaklumkan keberkesanan rawatan doktor terbabit.

Sumber berkata, mangsa yang menetap di Taman Bamboo, Sentul mendakwa sebaik berjumpa doktor itu, dia diarah ke dalam bilik rundingan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju memasuki bilik itu sebelum doktor kemudian berpura-pura bertanyakan jenis perkhidmatan urutan yang diinginkan.

“Namun belum sempat mangsa menjawab, doktor itu bertindak ganas dan terus memeluk mangsa serta menanggalkan bajunya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang dibogelkan itu kemudian dirogol oleh doktor berkenaan di bilik terbabit.

“Selepas merogol, doktor itu mengarahkan mangsa beredar serta mengugutnya supaya tidak mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya.

Mangsa yang bimbangkan keselamatan dirinya kemudian membuat laporan di Balai Polis Sentul.

Advertisements

2 Komen

  1. tukangfitnah said,

    14 Julai 2008 pada 3:56 pm

    macam2.. huh.

  2. 20 April 2009 pada 7:12 am

    kuat tenaga semua orang melayu boleh untuk berjaya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: