Rumah penyiasat persendirian Balasubramaniam dipecah masuk

mSTAR – KUALA LUMPUR: Polis Selangor akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Kuala Lumpur jika diminta berbuat demikian bagi mengawal sebarang kejadian tidak diingini dalam satu perhimpunan haram yang dijangka berlangsung awal pagi esok.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis Selangor juga telah mengambil beberapa tindakan bagi mengawal keadaan menjelang perhimpunan itu termasuk mengadakan sekatan jalan di sekitar negeri tersebut sejak petang semalam.

“Walaupun perhimpunan itu akan diadakan di hadapan Parlimen dan bukan di kawasan Selangor, kita akan turut memantau keadaan di sini (sekitar Selangor),” katanya selepas merasmikan pembukaan kompleks Twins Baby Sdn Bhd di Damansara di sini hari ini.

Beliau juga berkata, sekatan jalan yang dibuat tidak hanya tertumpu bagi mengekang kumpulan yang sama mengadakan perhimpunan haram di tempat lain (termasuk di Selangor), tetapi juga sebagai langkah pencegahan jenayah.

“Sekatan jalan yang dibuat bukan sematamata untuk perhimpunan esok, tetapi ini adalah satu pemeriksaan rutin yang dibuat oleh polis sebagai langkah pencegahan jenayah.

“Jadi saya minta pengguna jalan raya untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada polis,” katanya.

Ditanya mengenai kes rumah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang dipecah masuk, Khalid berkata: “Kes itu masih dalam siasatan polis… kita tak dapat mengenal pasti barang apa yang hilang dan kerugian yang ditanggung selagi beliau (Balasubramaniam) sendiri tak maklumkan perkara itu kepada polis.

Beliau berkata keterangan daripada anak saudara Balasubramaniam, R. Kumaresan, 27, juga tidak dapat membantu polis menyelesaikan kes itu.

“Anak saudaranya pun tak tahu apa barang yang hilang, jadi kita kena tunggu Balasubramaniam balik ke Malaysia.

“Polis juga tak dapat pastikan lagi sama ada kediamannya dipecah masuk dengan sengaja atau melibatkan kecurian biasa,” kata Khalid.

Tindakan penyiasat persendirian itu dan keluarganya melarikan diri ke luar negara mengundang tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu apabila rumahnya di
Taman Pelangi, Rawang dipecah masuk khamis lepas.

Balasubramaniam melarikan diri bersama keluarganya ke luar negara kerana bimbang keselamatan mereka terancam selepas terbabit dalam kontroversi Akuan Bersumpah kes pembunuhan rakyat Mongolia Altantuya Shaariibu.

Advertisements

1 Komen

  1. pro-tajdid said,

    5 Jun 2009 pada 7:01 pm

    Penyiasat persendirian
    http://www.detektif.tk
    http://www.penyiasat.tk


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: