Pakatan berpecah hanya gimik politik – Nik Aziz

HARAKAHDAILY -KOTA BHARU – Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan sesetengah pihak kononnya Pakatan Rakyat bakal berpecah tidak lebih sebagai gimik politik.

Katanya, pelbagai andaian dibuat pihak terbabit semata-mata mahu memburukkan imej Pakatan Rakyat yang semakin mantap sekarang.

�Kerajaan Pakatan baru dibentuk setelah lima negeri termasuk Kelantan dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu. Usianya baru berusia lebih 100 hari.

Image�Pakatan yang begitu besar sudah tentu ia tidak dapat berfungsi secara sempurna dalam waktu yang singkat,� katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kononnya Pakatan Rakyat yang dianggotai KeADILan, PAS dan DAP semakin retak apabila PAS dikatakan akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno sudah beberapa kali kali bertukar dalam pakatan yang dibentuk bersama beberapa parti lain.

Menurutnya mula-mula gabungan dikenali sebagai Perikatan dan lepas itu Barisan Nasional (BN).

�Kenapa perkara tu boleh berlaku kalau tidak ada sebarang masalah. Walhal Umno sudah lama wujud kenapa sering bertukar nama pakatan kalau tidak kerana ada sebarang masalah.

�Sedangkan kita baru lagi, saja pihak musuh hendak khianat aje,� ujarnya. Menurutnya Allah Taala sewaktu mencipta dunia mengambil masa enam hari dan bukannya dalam tempoh 24 jam.Image

�Mana boleh sempuna dengan sekaligus, berlaku sedikit sebanyak tu perkara biasa dalam pakatan baru, apa lagi baru berusia lebih 100 hari,� ujarnya.

Ketika berucap sebelum itu beliau berkata, harapan kerajaan negeri untuk melahirkan pendakwah di kalangan Orang Asli akan menjadi kenyataan 10 tahun lagi apabila anak-anak mereka diambil belajar di sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang tidak lama lagi.

Menurutnya, sebelum ini begitu sukar mendapatkan pendakwah untuk berdakwah di kalangan masyarakat Orang Asli.

�Namun InsyaAllah hasrat itu akan menemui kejayaan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi apabila anak-anak mereka belajar di sekolah berkenaan yang akan dinaik taraf lengkap dengan pelbagai kemudahan,� ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Yik, Haji Ahmad Mahmood.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: