Perwakilan pilih pengganti saya…

MALAYSIAKINI – Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata, beliau menyerahkan kepada perwakilan parti itu untuk memilih bakal penggantinya.

“Perwakilan yang akan menentukan (siapa presiden), bukan saya,” kata Samy Vellu dalam sidang akhbar selepas perasmikan perhimpunan agung MIC di PWTC pagi tadi.

samy velluTegasnya, tidak ada rancangan pemilihan kuasa secara automatik dalam MIC.

Sebaliknya, kata beliau, ia akan ditentukan oleh 3,600 pengerusi cawangan di seluruh negara.

Pemilihan pucuk pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ketiga terbesar itu, akan diadakan Mac tahun depan.

“Akar umbi boleh memilih siapa sahaja yang mereka mahu,” tambahnya.

Kenyataan Samy Vellu itu menimbulkan persoalan kerana dalam pemilihan parti pada 2006, beliau secara terbuka menyokong Datuk G Palanivel bertanding timbalan presiden.

Palanivel bertanding jawatan tersebut dan berjaya menewaskan penyandangnya Datuk S Subramaniam.

Penjenamaan semula

MIC merupakan satu-satunya parti utama dalam BN yang tidak mempunyai rancangan peralihan kuasa.

Kelmarin, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.

Manakala Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan Timbalannya, Tan Sri Chan Kong Choi pula tidak akan bertanding mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan yang akan datang.

Tumpulan perhimpunan agung MIC hari ini akan membincangkan usaha memulihkan kekuatan parti itu, selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, termasuk proses penjenamaan semula parti tersebut.

Menurut Samy Vellu berkata MIC telah menyediakan manual untuk pemimpin cawangan mengadakan bengkel untuk tujuan tersebut.

“Bengkel pertama akan berjalan pada 8 hingga 10 ogos ini, yang melibatkan 600 ketua cawangan di tiga negeri – Perlis, Kedah dan Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, proses penjenamaan semula bertujuan untuk mencari pemimpin baru bagi menguatkan parti tersebut pada masa akan datang.

Ditanya mengenai pengumuman peralihan kuasa oleh Abdullah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010, Samy Vellu berkata, wujud kefahaman yang baik antara kedua-duanya.

Insiden makan malam

Sebelum itu, dalam ucapan dasarnya, presiden MIC itu menasihatkan ‘akar umbi’ supaya bersikap sebagai ‘akar umbi’. Beliau dipercayai merujuk kepada insiden beberapa perwakilan meninggalkan majlis makan parti tersebut malam tadi.

Dalam insiden tersebut, ketua penerangan MIC, Datuk M Saravanan bertindak ‘keluar’ selepas 15 minit menghadirinya. Sejurus kemudian beberapa pengikutnya turut meninggalkan majlis tersebut.

Saravanan, yang juga timbalan menteri Wilayah Persekutuan, mengesahkan perkara itu dalam laporan akhbar The Star bahawa beliau bertindak demikian “kerana tidak ada protokol di majlis makam malam tersebut.”

Menurutnya, beliau terkilan kerana bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam ditempatkan di meja utama bersama pemimpin MIC serta ahli perniagaan terkemuka.

“Sebagai ketua penerangan parti dan timbalan menteri, saya tidak diberi penghormatan sewajarnya,” katanya sambil menambah, beliau tidak faham kerana Subramaniam hanyalah seorang ketua bahagian.

Mengulas lanjut, Samy Vellu memberitahu pemberita bahawa ada sesetengah media memutarbelit insiden itu sebagai tanda protes terhadap kepimpinannya.

“Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila mereka habis makan, maka mereka beredar, manakala yang lainnya masih belum habis makan.

“Jika mereka tidak suka dengan Samy Vellu, takkanlah mereka hadir hari ini,” katanya sambil ketawa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: