Pelajar tajaan k’jaan di IPT MIC

MALAYSIAKINI – Kerajaan akan menghantar pelajar tajaannya untuk melanjutkan pelajaran di University Asian of Medicine, Science and Technology (AIMST) kelolaan MIC di Kedah, sebagai usaha meningkatkan tahap pendidikan kaum tersebut di negara ini.

AIMST adalah universiti swasta kelima yang diperakukan sedemikian selepas beberapa universiti lain antaranya Monash University, Swinburne University dan University of Nottingham.

Ia adalah antara beberapa langkah segera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar kaum India di semua peringkat untuk manfaat jangka panjang kaum ketiga terbesar negara ini.

Perdana menteri membuat pengumuman tersebut semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Selain itu, kata Abdullah, kerajaan juga bersetuju menambah bilangan sekolah Tamil bantuan modal yang banyak terdapat di luar bandar, ditukar menjadi sekolah bantuan penuh.

“Kerajaan juga akan menyegerakan proses penggabungan atau konsolidasi sekolah-sekolah Tamil yang muridnya kurang daripada 50 orang,” katanya.

Subjek kritikal

Menyentuh tentang AIMST, Abdullah berkata, kerajaan telah membuat keputusan menjadikan universiti kelolaan MIC itu sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelima menerima pelajar tajaan kerajaan.

“Ini bermakna kita akan menambahkan lagi pelajar kita dalam subjek-subjek kritikal, iaitu subjek perubatan, farmasi dan kejuruteraan,” kata perdana menteri.

Menurutnya lagi, subjek-subjek tersebut  amat penting dan menaikkan taraf universiti, seterusnya mencipta kejayaan pada masa akan datang.

Sementara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan geran RM94 juta termasuk geran yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran  untuk membina semula sekolah-sekolah Tamil.

“Masyarakat India merasa gembira kerana kerajaan akan menukar taraf sekolah Tamil bantuan modal, menjadi sekolah bantuan penuh secara berperingkat-peringkat,” kata Samy Vellu.

Sementara itu dalam sidang akhbarnya, presiden MIC itu menjelaskan mengenai bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil di Malaysia.

Menurutnya, sewaktu mesyuarat jawatankuasa kabinet bagi meninjau keperluan kaum India, timbalan perdana menteri telah meminta menteri pelajaran supaya menangani masalah-masalah masyarakat India.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: