Siasatan visa: BPR tahan Ketua pengarah

MALAYSIAKINI – Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menahan seorang ketua pengarah sebuah jabatan kerajaan dan enam orang lagi untuk membantu siasatan terhadap pengeluaran visa kepada pekerja asing.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Pengarah Siasatan BPR, Shukri Abdull berkata, ketua pengarah yang berpangkat Datuk, ditahan dirumahnya di Damansara malam tadi.

Manakala enam orang lagi itu, termasuk ahli perniagaan terbabit dalam bekalan tenaga kerja kepada syarikat tempatan. Tiga daripada mereka bergelar Datuk.

Wang tunai kira-kira RM500,000 dan visa turut dirampas. Ketujuh-tujuh mereka disiasat meengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Walaupun BPR tidak menyebut sebarang nama, tetapi Bernama melaporkan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen di ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah bagi mempercepatkan kelulusan visa kepada buruh asing.

Majistret Mazuliana Abdul Rashid membenarkan permohonan itu apabila pegawai lelaki berusia 55 tahun itu dibawa ke mahkamah itu pada 3.30 petang ini.

Mengikut kertas siasatan, pegawai itu ditahan pada 10.20 malam tadi di kediamannya di kawasan Jalan Duta di Kuala Lumpur.

BPR dipercayai telah menerima aduan daripada seorang individu pada 1 Julai yang mendakwa seorang agen buruh asing meminta rasuah RM350 bagi setiap buruh asing yang dibawa masuk ke negara, kononnya sebagai ganjaran kepada pegawai imigresen bagi menyegerakan kelulusan visa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: