PAS: Solat boleh cegah rasuah

MALAYSIAKINI – Keputusan Kelantan untuk memperkenalkan kewajipan bersolat lima waktu kepada kakitangan awam negeri itu boleh membawa banyak manfaat, termasuk mengawal gejala rasuah, pecah amanah dan penyelewengan, kata ketua Pemuda PAS.

“Solat bukan sahaja boleh melatih kakitangan kerajaan takut kepada Allah, bertanggungjawab, menepati masa, amanah dan berkualiti, bahkan akan menjadi asas untuk mencegah amalan mungkar dalam pentadbiran seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan dan sebagainya,” kata Salahuddin Ayub.

“Ini kerana Allah sendiri menegaskan bahawa solat adalah mekanisme berkesan untuk mencegah perkara buruk dan keji, fahsya dan mungkar.”

Semalam, exco ekonomi Kelantan Datuk Husam Musa juga dilaporkan percaya langkah negeri itu – termasuk dalam syarat pengambilan pekerja – “boleh membantu usaha mencegah jenayah dan salah akhlak, termasuk rasuah serta salah guna kuasa di kalangan kakitangan kerajaan.”

Sehubungan itu, tambahnya, syarat menunaikan solat akan “turut merangkumi golongan bukan Islam menurut tuntutan ibadat agama masing-masing.”

islam malaysia muslim men in prayer makmum 070207Salahuddin, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, berkata pendekatan agama dalam memerangi rasuah akan memberi lebih kesan berbanding pendekatan undang-undang dan peraturan sahaja seperti sekarang.

“Pada hari ini kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengawal pentadbiran kerajaan melalui pendekatan undang-undang dan ombudsman, tetapi peningkatan kadar jenayah kolar putih seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku, pecah amanah dan sebagainya terus berlaku sehingga melibatkan pemimpin tertinggi negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam, mempertahankan pentadbiran negeri pimpinan PAS itu.

“Tidak salah kita mempunyai undang-undang atau badan seperti polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Biro Aduan Awam dan sebagainya, tetapi jika kita dapat mendidik rakyat melalui pendekatan agama, masalah ini bukan sahaja boleh dikurangkan, tetapi boleh dihapuskan.”

Beliau juga mendakwa pendekatan yang dibawa Kelantan bawah kepemimpinan PAS telah membawa pentadbiran yang bersih.

“Kelantan bukan sahaja memiliki kepemimpinan yang bersih dan bertakwa, tetapi juga pegawai dan kakitangan awam yang berkeperibadian mulia,” katanya.

“Tidak dinafikan masih ada kes-kes rasuah atau pecah amanah yang berlaku di kalangan penjawat awam (di Kelantan), tetapi kadarnya amat kecil.

“Dan langkah proaktif yang baru ini melalui penguatkuasaan solat diyakini akan membantu menyelesaikan masalah ini.”

Isnin lepas, menteri besar Kelantan bercadang membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk memperkenalkan langkah tersebut bagi pemimpin semua peringkat.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata syarat menunaikan solat itu   seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya akan mencadangkan di dalam dewan (undangan negeri Kelantan) sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat,” katanya.

Sementara exco kerajaan negeri Mohd Amar Abdullah berkata  Kelantan sedang menyiapkan enakmen bagi membolehkan mereka yang tidak menunaikan solat lima kali sehari dikenakan tindakan.

Pengerusi jawatankuasa pembangunan Islam, pendidikan dan dakwah dilaporkan berkata, kajian akhir bagi menyiapkan enakmen tersebut sedang dilakukan dan ia dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: