Bakri: Kes bala bukan ‘lakonan’ polis

MALAYSIAKINI – Tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan keluarganya melarikan diri ke luar negara bukanlah atas arahan atau ‘lakonan’ pihak polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin.

mohd bakri zininKatanya, tuduhan yang mengaitkan tindakan Balasubramaniam dengan polis adalah tidak berasas.

Menurutnya, tuduhan itu tidak seharusnya timbul kerana polis menjalankan siasatan secara telus dan profesional dalam mencari kebenaran tanpa mempunyai sebarang motif lain.

“Mengapa mesti heret pihak polis sekali dalam situasi seperti ini? Janganlah perkara ini dijadikan sebagai ‘media court’, ini bukan satu lakonan, inilah kenyataan, realiti yang perlu disiasat secara profesional dan teratur untuk kita mengetahui kebenaran sesuatu perkara.

“Polis bukan pelakon…saja-saja berlakon untuk jadi popular, tetapi
hakikatnya kita siasat dan beri informasi yang benar untuk memastikan orang awam sentiasa peka dengan senario sebenar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan seminar pada Simposium Sains Forensik dan Undang-Undang Jenayah di Kuala Lumpur hari ini.

akuan bersumpah

Menurut Bernama, sebelum ini dilaporkan bahawa polis berjaya mengesan Balasubramaniam serta keluarganya di sebuah negara jiran selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian itu berhubung akuan bersumpahnya.

p balasubramaniamMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam berkata Balasubramaniam meninggalkan negara ini bersama keluarganya ke luar negara kerana bimbang keselamatan mereka terancam selepas membuat dua akuan bersumpah berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mohd Bakri turut menafikan andaian bahawa siasatan telah dihentikan selepas Balasubramaniam dan keluarganya ditemui.

“Siasatan kita tidak berhenti di sini, sekiranya sudah cukup semua bukti yang nyata, kita tiada masalah untuk bawa perkara tersebut kepada peguam negara.

“Siasatan kita punya asas (bukti), jika tiada asas kita akan siasat lebih lagi dan sekiranya kita mempunyai sebarang kes, kita akan cadangkan pada peguam negara untuk mendakwa. Polis hanya menyiasat tetapi pendakwaan di bawah kuasa peguam negara,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: