Anwar tuntut Syed Hamid minta maaf

MALAYSIAKINI- Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar surat tuntutan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya memohon kerana memanggil beliau sebagai “tukang lapor” Amerika Syarikat.

Syed Hamid diberi tempoh 48 jam untuk berbuat demikian.

Surat tuntutan tersebut telah difaks ke pejabat Syed Hamid oleh peguam Anwar, Sankara Nair pada jam 1 tengahari tadi.

Anwar berkata, perkataan yang digunakan oleh Syed Hamid, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star pada 3 Julai lalu, memberi maksud bahawa beliau (Anwar) seorang pengkhianat dan tidak taat kepada negara, agama dan bangsa.

Beliau juga berkata, perkataan-perkataan tersebut membawa makna bahawa beliau tidak layak menjadi perdana menteri atau pemimpin  negara dan bahawa beliau seorang boneka Amerika.

syed hamid albarPada 2 Julai lalu, Syed Hamid berkata, Anwar adalah ‘tukang lapor’ kepada Amerika, ketika mengulas kenyataan Washington berhubung dakwaan terbaru liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Bagaimanapun, pada 8 Julai, beliau menafikan memanggil Anwar sebagai ‘spy’ Amerika.

Bernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, beliau tidak pernah berkata yang Anwar seorang ‘spy’.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: