Najib terharu keyakinan PM

MALAYSIAKINI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terharu kerana Perdana Menteri memberi keyakinan kepada beliau menjadi pengganti.

najib tun razak 01“Saya amat terharu (dengan) kerelaan perdana menteri melepaskan jawatan mengikut jadual, bukan satu perkara yang mudah untuk melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden Umno.

“Tetapi demi menghargai pandangan, Yang Amat Berhormat (YAB) sanggup berbuat demikian.

“Soal peralihan kepimpinan boleh dibuat dengan cara baik tanpa membelakangkan tradisi dalam Umno,” katanya dalam sidang  akhbar yang sama selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau akan menyerah kuasa kepada Najib pada Jun atau pertengahan 2010.

Beliau membuat pengumuman tersebut selepas pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno lebih dua jam mulai jam 3 petang tadi.

Perdana menteri berkata, keputusan tersebut diterima oleh MT dan pemimpin-pemimpin parti itu.

Mengulas lanjut, Najib berkata: “Dalam tempoh peralihan ini, YAB akan tetap menjalankan pembahagian kuasa yang tertentu.

“Saya tetap anggap YAB sebagai ketua saya. Saya rayu kepada pemimpin dan ahli parti supaya pencalonan Pak Lah sebagai presiden diterima.

“Hubungan saya dengan YAB amat akrab. Saya berharap diteruskan sehingga PM menyerahkan kuasa, dan selepas beliau tidak lagi menjadi PM, agar terus berkekalan,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: