Laporan BPR terhadap Tajol Rosli

MALAYSIAKINI – DAP Perak hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kenyataan pengerusi BN negeri yang mendakwa Pakatan Rakyat Perak akan tumbang sebelum atau pada 31 Ogos ini.

Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dilaporkan menyatakan demikian dalam satu majlis tertutup di Ipoh Sabtu lalu.
Laporan itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh yang juga setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak; Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan seorang ahli DAP, Ray Ng di Pejabat BPR Perak di Ipoh.

Mereka juga meminta BPR menyiasat kenyataan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dalam sidang akhbar selepas majlis tertutup itu bahawa kenyataan bekas menteri besar Perak itu, perlu dipandang serius.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu,  Wong dipetik oleh Bernama sebagai berkata, BPR  perlu menyiasat kenyataan itu sama ada ia mempunyai kaitan dengan pendedahan baru-baru ini oleh pengerusi DAP negeri Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa lapan wakil rakyat DAP telah ditawarkan untuk melompat kepada BN.

Tajol Rosli yang juga Adun Pengkalan Hulu, membuat kenyataan itu ketika berucap pada majlis ‘Sepetang bersama Ezam Mohd Nor’ di Bangunan Umno Perak di Ipoh, Sabtu lalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: