Sultan S’gor pantau masjid

MALAYSIAKINI – Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan nasihat daripada Dewan Diraja Selangor dari masa ke semasa akan memantau masjid daripada dipolitikkan, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Tuanku berpendapat bahawa masjid dan tempat ibadat tidak boleh dipolitikkan.

“Tuanku dari masa ke semasa akan meminta nasihat daripada Majlis Diraja untuk memantau keadaan tersebut,” kata menteri besar Selangor selepas mesyuarat exco hari ini.

Beliau mengulas tuntutan 200 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu Khamis lalu dalam memorandum kepada Sultan Selangor mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam hal-ehwal Islam.

Jurucakap kumpulan itu Datuk Abdul Abdul Rahman Palil, berkata memorandum itu antaranya mengenai penyalahgunaan masjid sebagai medan berpolitik selain kewujudan semakin ramai penceramah dan khatib tidak bertauliah.

Ekoran dakwaan itu, menteri besar telah menegaskan kepada Sultan bahawa masjid akan ditadbir secara adil dengan memberi peluang semua pihak terlibat dalam pentadbiran institusi ibadat itu.

“Saya telah memberi ketegasan kepada Tuanku bahawa pentadbiran negeri Selangor akan bersikap adil dalam pentadbiran masjid supaya semua pihak dalam masyarat diberi kesempatan untuk menyertai pentadbiran masjid sebagai satu usaha untuk mengimarahkannya,” kata Abdul Khalid.

Dalam memorandum itu juga, menurut Khalid, turut mengemukakan aduan terhadap pentadbiran zakat di negeri itu.

Khalid memaklumkan, perkara itu telah dipanjangkan kepada pihak pentadbiran zakat untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan cara itu, tatatertib perakaunan dan penyaluran kewangan zakat akan dapat dijaga mengikut lunas-lunas dan kehendak-kehendak yang ditentukan dalam asnaf pemberian zakat,” tambahnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: