Polis berjaya kesan Bala

MALAYSIAKINI – Polis telah mengesan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam di sebuah negara, selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, dan mengambil keterangan daripadanya berhubung dua akuan bersumpahnya serta kehilangannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin berkata proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder caseBagaimanapun, menurut laporan Bernama, beliau enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini, dipercayai bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.

“Kita telah menghantar beberapa pegawai ke negara berkenaan bagi mengambil keterangan daripada Balasubramaniam dan beliau kini masih berada di negara itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata polis berjaya mengesan Balasubramaniam hasil maklumat dari pihak berkuasa negara berkenaan.

Perlu masa

Ditanya bilakah pihak polis berjaya mengesan Balasubramaniam, beliau berkata: “Tidak perlu tahu bila tarikhnya, yang pasti pegawai kita telah berada di negara berkenaan dan mengambil percakapan Bala”.

Mohd Bakri berkata polis memerlukan masa untuk menjalankan siasatan dengan telus dan profesional.

“Beri kami (polis) ruang untuk jalankan siasatan, jangan terlalu memberi tekanan hingga menyukarkan kerja polis,” katanya.

Balasubramaniam dalam akuan bersumpah pertama bertarikh  1 Julai membuat pelbagai dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Bagaimanapun, beliau menarik balik tuduhan itu dalam akuan bersumpah keduanya pada 3 Julai lalu.

Anak saudara Balasubramaniam, R. Kumaresan membuat laporan polis di Balai Polis Dearah Brickfields pada Sabtu lalu selepas gagal mengesan Balasubramaniam dan keluarganya.

Selepas lima hari menghilang, penyiasat persendirian itu buat pertama kalinya menghubungi Kumaresan malam semalam dan memaklumkan beliau dan keluarganya berada dalam keadaan selamat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: