Majoriti percaya Bala cakap benar

MALAYSIAKINI – Sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat selama 24 jam semalam, percaya penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bercakap benar dalam akuan berkanun pertamanya, yang ditarik balik sehari selepas ia diumumkan.

Sejumlah 6,418 pembaca Malaysiakini menyertai tinjauan pendapat tersebut (lihat carta).

Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar.

Manakala 86 peratus berpendapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat dengan Mohd Saiful Bukhary Azlan – remaja berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh bekas bosnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih kurang jumlah yang sama – 5,102 atau 80 peratus – menolak andaian yang Anwar sengaja berpakat dengan Saiful untuk membuat tuduhan liwat tersebut – untuk mendapatkan simpati masyarakat.

Mereka juga memberi jawapan yang bercampur-campur terhadap soalan siapakah yang “melindungi” Balasubramaniam yang hilang sejak Jumaat lalu.

Kira-kira 40 peratus berkata orang Najib, manakala 25 peratus pembaca berkata mereka tidak tahu.

Walaupun pihak polis berkata Balasubramaniam mungkin berada di luar negara, tetapi 54 peratus pembaca berkata penyiasat persendirian itu masih “berada di Malaysia”.

najib allegations survey results 090708

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: