Fitnah di blog: SKMM hanya bertindak bila ada aduan!

mSTAR – Tindakan hanya akan diambil ke atas penulis blog sekiranya ada aduan dibuat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi tidak dapat berbuat apa-apa jika tiada laporan dibuat terhadap penyebaran artikel berunsur fitnah yang mengancam kestabilan negara.

Demikian komen Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta penulis blog dinegara ini berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin baru-baru ini.

Jelasnya, SKMM tidak akan menyekat kebebasan mana-mana penulis blog untuk menyuarakan pendapat mereka selagi tidak menimbulkan fitnah yang mengugat kestabilan negara.

“SKMM hanya akan bertindak bila ada laporan dibuat terhadap blogger yang menyiarkan artikel berunsur fitnah, lucah dan perkara yang menyalahi undang-undang di negara ini,” kata Shaziman ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Katanya lagi, mustahil untuk SKMM memantau jumlah laman web yang banyak di negara ini.

“Terdapat kira-kira 63,000 laman web yang didaftarkan di bawah dot.my dan mustahil  kami dapat memantau kesemua laman web tersebut,” katanya yang ahli Parlimen Tampin.

“Namun SKMM ada peruntukan dan undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah dalam perkara ini.

Jelasnya, jika seseorang itu didapati bersalah kerana menyiar dan menyebarkan artikel yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211.(2) AKM 98.

Di bawah seksyen tersebut, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun atau kedua-duanya sekali.

“Saya harap mereka (penulis blog) bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Mereka juga perlu memastikan sumber dan kesahihan maklumat yang diperoleh sebelum memaparkannya di laman web,”kata Shaziman.

Beliau menasihatkan pelayar internet di negara ini supaya bijak menilai kesahihan maklumat yang diterima dan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang berunsur spekulasi dan fitnah.

“Orang ramai perlu bijak menilai kesahihan maklumat yang dibaca dan jangan percaya bulat-bulat sebelum memastikan kesahihannya,” katanya yang juga ahli Parlimen  Tampin.

“Jika ada keraguan yang timbul dalam artikel yang dibaca, saya sarankan mereka melaporkan kepada SKMM. Kami akan mengambil tindakan yang selanjutnya,” kata Shaziman.

Hari ini sebuah akhbar menyiarakan komen beberapa ahli politik berkenaan saranan Perdana Menteri itu.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah dan penulis blog Sang Kelembai, Zaharin Mohd Yasin meminta kerajaan mengambil tindakan tegas untuk mengelak fitnah tersebut dariapda berterusan.

Isnin lalu Pedana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu penulis blog menghentikan perbuatan membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin kerana perkara itu merupakan antara faktor yang membawa kepada ketidakstabilan politik negara.

“Saya minta penulis blog hentikan semua ini kerana mereka juga bertanggungjawab bagi apa yang berlaku. Jalan terbaik yang mereka dapat lakukan ialah hentikan semua ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan beberapa perbincangan dua hala sempena Sidang Kemuncak Ke-6 Ketua-ketua Kerajaan D-8.

Perdana Menteri berkata beliau sedar ada rakyat yang sudah muak dengan permainan politik yang sedang berlaku dalam negara dan berjanji akan memberikan perhatian untuk memenuhi keperluan rakyat.

“Fitnah sudah kian bermaharajalela. Salah atau benar sudah tidak diambil kisah,” kata Abdullah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: