Azalina: Pempena sedang disiasat

MALAYSIAKINI – Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa juruaudit luar telah dilantik untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dalam Pempena Sdn Bhd – sebuah anak syarikat Tourism Malaysia.

wee choo keongMenjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), beliau berkata, ia telah diarahkan supaya menyiasat secara terperinci pelbagai dakwaan dalam laporan Malaysiakini pada 2 Julai lalu.

Dakwaan tersebut, yang terkandung dalam satu memorandum, turut mendakwa berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah oleh pegawai-pegawai kanan syarikat tersebut.

Dalam memorandum tersebut – salinannya turut dihantar kepada Azalina – beberapa kakitangan mendakwa beberapa keputusan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan tersebut, yang membabitkan jutaan ringgit dana pembangunan pelancongan, telah masuk ke kantung pihak-pihak lain.

azalina othman 02Hari ini, Azalina menjawab perkara tersebut walaupun Speaker Pandikar Amin Mulia menasihatkan beliau tidak perlu menjawabnya kerana menurutnya, laporan tersebut belum disahkan.

Azalina berkata, laporan tersebut membangkitkan beberapa dakwaan penyelewengan dan beliau telah mengarahkan juruaudit luar supaya menyiasatnya.

Katanya, tindakan sewajarnya akan diambilnya jika didapati berlaku sebarang penyelewengan.

Menurutnya, ia juga akan mengadakan semakan perniagaan untuk mengkaji keputusan-keputusan terdahulu yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan. Berita asal

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: