Anwar bawa isu liwat ke JAWI

MALAYSIAKINI – Dakwaan liwat pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya hari ini bertukar menjadi isu qazaf – kesalahan bawah jenayah syariah bagi kesaksian palsu.

Penasihat PKR mengadukan isu laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan  bulan lepas kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

“Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini,” katanya selepas aduan.

“Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera.”

Anwar diiringi oleh isterinya dan juga presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua peguam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Mereka tiba di pejabat JAWI di Jalan Damansara pada jam 10.15 pagi.

Tiada penyokong beliau kelihatan di situ, kecuali kira-kira 50 wartawan dan jurugambar.

Anwar kelihatan keluar dari pejabat JAWI selepas 45 minit membuat aduan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: