Speaker tolak usul akuan berkanun isu liwat, Altantuya

MALAYSIAKINI – Speaker Dewan Rakyat menolak usul PAS untuk membincangkan akuan bersumpah Raja Petra Raja Kamaruddin yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu serta laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan melibatkan tuduhan liwat.

Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pejabat speaker ada menerima notis usul bertarikh 7 Julai daripada Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang memohon penangguhan sidang bagi membolehkan dewan membincangkan isu hangat tersebut.

Turut dikemukakan dalam usul tersebut ialah laporan polis oleh Anwar terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail serta dua akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang pada mulanya menuduh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada hubungan dengan Altantuya tetapi sehari kemudian menarik balik tuduhan tersebut.

Salahuddin juga mengemukakan usul supaya Parlimen menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kesemua individu yang dikaitkan dalam  drama politik tersebut, demikian menurut laporan Bernama.

Wan Junaidi ketika menjelaskan penolakan itu selepas sesi soal jawab berkata usul itu tidak perlu disegerakan kerana kesemua perkara yang disebut dalam usul itu kini sedang dalam siasatan pihak berwajib seperti polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sedang disiasat

Beliau berkata kes akauan bersumpah Raja Petra Raja Kamaruddin masih dalam siasatan polis di mana 27 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan, begitu juga kes tuduhan liwat di mana 18 saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Wan Junaidi berkata BPR pula sedang menyiasat laporan polis Anwar terhadap Musa dan Ghani.

“Jadi dalam hal-hal sedemikian, kita tidak ingin kes ini dibawa kepada media untuk dihakimi atau disiasat…biarlah agensi-agansi ini (polis dan BPR) yang siasat.

Wan Junaidi berkata usul agar ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja juga ditolak.

“Saya juga melihat cadangan berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan… jadi kalau tiap kali ada kes yang dikatakan kontroversi, kita adakan suruhanjaya  siasatan, kerja kita (Parlimen) tak ada lain, itulah kerjanya (menubuhkan suruhanjaya siasatan)…jadi atas alasan itulah mengapa kita tolak (usul),” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: