‘Saya tak kata Anwar pengintip AS’

MALAYSIAKINI – Datuk Seri Syed Hamid Albar mendakwa sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang suka meminta bantuan Amerika Syarikat dan negara luar mendorong kuasa besar itu sanggup mencampuri urusan Malaysia.

“Saya tidak pernah mengatakan dia pengintip. Dia yang melaporkan dan memang benar Amerika suruh kita (Malaysia) berhenti penyiasatan (tuduhan liwat). Inilah buktinya dan kalau dia fikir betul itu hak dialah,” kata menteri dalam negeri.

“Hak saya menyuarakan pendapat dan jangan kita ingat semua pandangan yang diberikan Anwar mesti betul.”

anwar ibrahim and saiful bukhari azlanSyed Hamid kepada pemberita selepas menerima kunjungan penasihat luar Bangladesh Dr Iftekhar Ahmed Chowdhury di
pejabatnya di Bangunan Parlimen semalam.

Beliau berkata tindakan Anwar yang keresahan membuktikan bahawa sememangnya  penasihat PKR menjadi pelapor kepada AS, lapor Bernama.

“Kita belum ada apa-apa lagi bukti yang mengatakan Anwar bersalah. Pasal apa yang dia bising dan menggelabah, seolah-olah dah ada bukti yang dia bersalah.

“Kita tak buat apa-apa. Saya kata biarlah polis siasat… bila polis selesai buat kerja mereka, kita akan tahu apa yang sebenarnya,” Syed Hamid dipetik sebagai berkata.

Jurucakap Jabatan Negara AS Tom Casey dalam kenyataannya
baru-baru ini berkata negara itu menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar jika ia bermotifkan politik.

Anwar dalam laporan Malaysiakini menafikan dakwaan beliau pelapor kepada AS dan mencabar kerajaan membuktikan tuduhan itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: