Pemuda PKR dituduh kasari jurugambar

MALAYSIAKINI – Angkatan muda PKR didakwa mengasari dan menghalang tugas jurugambar dalam beberapa liputan, termasuk di perhimpunan membantah harga minyak kelmarin.

Angkatan muda, yang bertugas bagi pihak penganjur Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), didakwa menghalang petugas media yang cuba merakam insiden kekecohan sewaktu persembahan kumpulan Carburetor Dung.

Malah, petugas angkatan muda sendiri didakwa turut terlibat memburukkan lagi keadaan di atas pentas, termasuk memukul penyanyi kumpulan muzi indie itu, Alak.

Aduan tentang gangguan sayap pemuda PKR ini telah disampaikan oleh Persatuan Wartawan Foto Cina Malaysia (MCPA) kepada parti tersebut, penganjurnya dan beberapa pemimpin.

Malaysiakini juga menghantar surat bantahan yang berhubung isu yang sama dengan menamakan wartawan-wartawan beberapa media lain seperti Reuters, TVPas, The Star, Suara Keadilan dan Channel News Asia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: