Konsert kecoh: Protes harus disalahkan

MALAYSIAKINI – Penganjur perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad lalu harus dipersalahkan atas kontroversi kumpulan Carburetor Dung, kata seorang sasterawan veteran.

“Kalau nak salahkan sesiapa, penganjur yang patut dipersalahkan. Dah tahu kumpulan itu macam itu, kenapa jemput? Lagipun persembahan rock macam ini bukan budaya kita,” kata Razali Endun.

carburator dung lewd performance at protes fuel price hike rally mppj stadium 070708“Lain kali (penganjur) mestilah berhati-hati. (Perhimpunan) ini bukan kelab malam.”

Beliau juga menambah: “Perbuatan itu kurang ajar, tidak tengok tempat. Aksi itu tidak patut berlaku. Perbuatan itu tidak kena dengan tempatnya dan menjejaskan nama baik penganjur dan PKR. Banyak benda lagi boleh buat.”

Perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya kelmarin menyaksikan kekecohan sewaktu penghujung persembahan konsert kumpulan punk tersebut.

Penyair tersohor Pyanhabib juga tidak senang dengan kontroversi itu.

“Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Susah payah Protes, jadi  habis begitu sahaja. Tidak pasal-pasal, yang difokuskan sekarang bukan hal minyak naik tetapi hal peserta naik minyak,” katanya, yang turut serta membaca puisinya membantah kenaikan harga minyak sebelum kejadian.

“Kasihan pemuzik, kasihan (golongan) fanatik, kasihan Protes. Lagi, waktu hampir maghrib, tidak elok berlaku begitu (kekecohan),” tambahnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: