AMK dakwa Khairy terdesak tonjol diri

MALAYSIAKINI – Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mempertikaikan keikhlasan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didakwanya semakin galak menunjukkan belang menjelang perhimpunan agung Umno.

Exco AMK, Ramlan Roes berkata ia termasuk usahanya untuk berterusan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah dengan menjunjung al-Quran untuk menafikan dakwaan liwat terhadap ketua umum PKR itu.

khairy jamaluddinSebaliknya, beliau menyifatkannya sebagai usaha terdesak Khairy (foto) untuk menonjolkan diri sebagai calon ketua Pemuda Umno yang berwibawa dan radikal ” walhal beliau sendiri menerima undi tidak percaya di kalangan akar umbi Pemuda Umno di bahagian Rembau”.

“Cabaran Khairy itu hanya memalitkan imej beliau di saat Datuk Seri Anwar sendiri telah menyatakan komitmen untuk melawan kes ciptaan Umno ini habis-habisan dan bersedia mengemukakan pembuktian dan alibi yang kukuh dan sahih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Apakah beliau (Khairy juga) sanggup sama bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam pelbagai dakwaan skandal penyelewengan ekonomi dan politik yang melibatkan ‘tingkat 4′ pejabat perdana menteri?

“Apakah Khairy berani bersumpah bahawa beliau tidak menerima sebarang laporan perisikan tentera berkenaan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibuu?” soal Ramlan.

Justeru, Ramlan mengingatkan Khairy supaya terlebih dahulu menyahut seruan AMK sebelum ini yang menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Musa Hassan dan Abdul Gani Patail untuk turut sama bersumpah mengikut syarat yang digariskan mengikut hukum syarak dan bukannya mencemuh dan mencela orang lain.

“AMK suka menasihatkan Khairy agar kembali ke pangkal jalan dan lebih menumpukan usaha beliau memperbaiki nasib masyarakat Rembau, daripada menonjolkan imej politik murah yang ditolak majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: