Tiga teori Bala ‘hilang’

KOSMO! – Polis menyifatkan ‘kehilangan’ penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang dilaporkan oleh anak saudaranya, R. Kumaresan, 26, kelmarin boleh dikaitkan dengan tiga teori.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Teori pertama: berkemungkinan Balasubramaniam merasa takut untuk berjumpa polis lalu menyembunyikan diri.

“Tapi jika dia takut untuk berjumpa kita, dia boleh datang ke balai polis bersama peguamnya untuk tujuan siasatan terhadap kedua-dua akuan bersumpah yang dibuatnya,” kata beliau di sini semalam.

Teori kedua: berkemungkinan dia disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu yang merasakan keselamatannya terancam selepas dia menarik semula akuan bersumpahnya.

Teori ketiga: kebuntuan mengenai misteri ‘kehilangan’ Balasubramaniam pula disebabkan oleh anak saudaranya sendiri, R. Kumaresan.

“Kumaresan kurang memberi kerjasama kepada polis kerana setiap kali ditanya perkara-perkara berkaitan dengan bapa saudaranya itu dia banyak menyuruh kira rujuk pada peguam,” ujarnya.

Katanya, tindakan Kumaresan itu menyukarkan polis menjalan siasatan mengenai kehilangan Balasubramaniam yang dilaporkan sendiri oleh Kumaresan.

Jumaat lalu, Balasubramaniam menarik semula akuan bersumpah pertama yang dibuatnya pada 1 Julai lalu.

Dalam akuan bersumpah yang ditarik itu antara lain menyebut penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya telah memperkenalkan Altantuya Shaariibuu kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Bagaimanapun, sehari selepas penyiasat persendirian itu menarik balik akuan bersumpah itu, dia bersama keluarganya dilaporkan hilang.

Ditanya kemungkinan Balasubramaniam sudah keluar dari negara ini, Mohd. Bakri memberitahu, daripada maklumat Interpol dan polis di sempadan, Balasubramaniam belum keluar dari negara ini.

Katanya, pihaknya akan terus menyiasat kedua-dua akuan bersumpah yang dibuatnya selain menyiasat mengenai ‘kehilangannya’ yang membantutkan penyiasatan polis mengenai kes tersebut.

Advertisements

1 Komen

  1. aziela08 said,

    8 Julai 2008 pada 12:13 pm

    bala kt luar negara kot….tgh bercuti…ataupon bala dh kne sorok ngn hantu altantuya sebab bg kenyataan putar belit..hahahahahah….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: