Tiga penjuru rebut ketua Muar

MALAYSIAKINI – Dijangka berlaku pertandingan tiga penjuru untuk jawatan ketua bahagian Umno Muar dalam pemilihan September ini, kata seorang pemimpin bahagian itu.

Penyandang Datuk Mohd Ismail Mohd Shah dijangka dicabar bendaharinya Zawawi Mat Zain. Jalaluddin Kassim, yang mencabar Mohd Ismail dalam pemilihan lalu, dikatakan akan turut serta dalam persaingan ini.

Naib ketua bahagian Halim Hashim berkata, pergerakan ketiga-tiga kumpulan ini untuk mendapatkan sokongan di kalangan ahli di peringkat cawangan telah berjalan dan semakin rancak sejak kebelakangan ini.

“Ahli Umno di Muar sudah tahu mengenai ketiga-tiga tokoh ini. Sudah pasti mereka akan bertarung sesama sendiri,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohd Ismail dianggap penyokong kuat menteri besar Datuk Seri Abdul Ghani Othman dan sudah dua penggal memegang jawatan tersebut.

Manakala pendirian Jalaluddin dan Zawawi tidak diketahui dengan dengan jelas tetapi dipercayai tidak memihak kepada mana-mana kumpulan.

Pada 2004, berlaku pertandingan dua penjuru antara Mohd Ismail dan Jalaluddin tetapi Mohd Ismail menang dengan majoriti 30 undi.

Zawawi merupakan bekas ketua Pemuda Semangat 46 dan pernah bertanding jawatan timbalan ketua bahagian tetapi gagal.

Bagaimanapun, Mohd Ismail mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mempertahankan jawatan tersebut sekali lagi.

Peluangnya cerah kerana, kata Halim lagi, usahawan itu disenangi oleh kebanyakan ahli cawangan kerana pendekatan yang sederhana dan mahu mengekalkan perpaduan di kalangan ahli.

Mesyuarat cawangan berkelompok membabitkan 140 cawangan Umno di bahagian Muar akan diadakan Sabtu ini dan akan dirasmikan sendiri oleh Mohd Ismail.

Pada hari itu, mereka mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) bagi membincangkan isu ketuanan Melayu.

Selain jawatan ketua, jawatan timbalan ketua bahagian yang kini disandang oleh Ismail Tonggak @ Ahmad juga dicabar dalam pemilihan kali ini.

Halim ketika dihubungi mengesahkan beliau akan bertanding jawatan tersebut.

“Saya mendapat tahu Ismail mahu memberi laluan kepada saya tetapi saya tidak boleh mengharapkan durian runtuh sahaja,” katanya.

Seorang ahli jawatankuasa bahagian, Muntaha Kailan @ Hashim pula berkata, beliau berniat mengisi kekosongan jawatan naib ketua yang akan ditinggalkan Halim.

Bagaimanapun, katanya, beliau belum membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: