SAPP: Tiada undi tidak percaya PM

MALAYSIAKINI – Datuk Chua Boon Sui (BN-Tawau), yang kembali di Dewan Rakyat selepas tidak hadir selama dua minggu, menolak spekulasi partinya Parti Maju Sabah (SAPP) akan meninggalkan BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Selepas pertemuanya dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung kegagalannya hadir di sidang dewan dalam tempoh itu, beliau menegaskan bahawa partinya masih satu komponen BN dan tiada niat “melompat kepada Pakatan”.

sapp chua soon bui nazri abdul aziz  parliament 070708 01“Tujuannya bukan itu (lompat parti). Saya tidak faham kenapa orang terus memperkatakannya.

“Saya tidak terfikir tentang perkara itu dan ia tidak pernah dibincangkan dalam parti. Ia (spekulasi) sangat baru kepada saya,” kata Chua.

Beliau (foto, kanan) tidak hadir, tambahnya, kerana “masalah sakit belakang” dan juga ancaman yang diterima SAPP hujung bulan lepas – tidak lama selepas majlis tertinggi parti itu menyokong usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

SAPP secara terbuka menyatakan hilang keyakinan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dilaporkan merancang membawa usul itu di Dewan Rakyat.

Presidennya Datuk Yong Teck Lee sebelum ini berkata dua anggota parlimennya, termasuk Chua, sama ada akan membawa usul tersebut atau menyokong usul tidak percaya anggota lain terhadap Abdullah.

Tiada usul seumpama itu dibentangkan setakat ini. SAPP mempunyai seorang lagi anggota Dewan Rakyat, Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar).

SAPP menerima tindakan surat tunjuk – sebab akibat tindakannya itu daripada dewan tertinggi BN – sehingga akhir bulan ini. Berita asal

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: