Kes liwat: Polis rakam percakapan 18 saksi

MALAYSIAKINI – Polis sudah merakamkan percakapan 18 saksi berhubung kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin berkata antara yang diambil rakaman percakapan mereka termasuk beberapa orang doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu (Saiful).

“Polis masih dalam proses mengenal pasti saki baki beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kes ini dan mereka akan dipanggil dalam tempoh yang terdekat bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) hari ini.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan iaitu ‘Hubungan Seks tanpa Kerelaan.’

Bakri meminta saksi supaya jangan sengaja mengelak daripada memberikan kerjasama kepada polis untuk dirakamkan percakapan mereka.

Katanya perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya individu tersebut gagal menghadirkan diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh polis.

“Adalah diharapkan mereka akan memberi kerjasama supaya kes ini dapat disiasat dengan teliti dan hasil siasatan dapat diperoleh dalam masa yang singkat,” katanya.

Bakri juga berkata polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan seadil-adilnya tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Kes ini akan disiasat dengan adil. Kita akan kumpul seberapa banyak maklumat termasuk mengambil kira hasil ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan siapa di pihak yang benar,” katanya.

Ditanya bilakah polis akan mengambil keterangan daripada Anwar, beliau berkata: “Semuanya terpulang kepada hasil siasatan polis,”.

Saiful dalam laporan yang dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) 28 Jun lalu, mendakwa Anwar meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih dekat sini beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.

Polis cari Bala

Sementara itu, katanya, polis telah memulakan usaha untuk mengesan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang dilaporkan hilang bersamaisteri dan tiga anaknya sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan polis berhubung dua akuan berkanunnya.

Bakri berkata kehilangan Balasubramaniam membantutkan siasatan polis terhadap akuan bersumpahnya bertarikh 1 Julai yang mengandungi butiran tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu serta akuan bersumpah yang menarik balik kesemua tuduhan tersebut.

Katanya, kehilangan penyiasat persendirian itu juga telah menimbulkan pelbagai tandatanya dan ndaian daripada orang awam.

“Polis masih menyiasat punca sebenar kehilangan Balasubramaniam dan ada beberapa kemungkinan dikaitkan.

“Mungkin beliau menyembunyikan diri kerana takut…atau kemungkinan ada pihak yang telah menyembunyikan beliau dan ahli keluarganya,” katanya.

Polis memulakan pencarian Balasubramanian selepas satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada pukul 5.19 petang semalam berhubung kehilangan beliau dan ahli keluarganya.

Laporan polis itu dibuat oleh anak saudara Balasubramaniam, R. Kumaresan, yang mendakwa gagal berhubung dengan Balasubramaniam selepas beliau menghadiri satu sidang media di sini Jumaat lepas bagi menarik balik tuduhannya mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.

Bakri berkata Balasubramaniam tidak perlu takut dan bersembunyi untuk mengelakkan daripada disiasat.

“Beliau tak perlu takut. Polis beri jaminan terhadap keselamatannya dan beliau boleh datang dengan peguamnya berjumpa dengan kita (polis),” katanya.

Ditanya sama ada Balasubramaniam masih berada dalam negara, Bakri berkata:

“Setakat ini belum ada laporan yang mengatakan beliau telah keluar negara dan ita juga akan meminta bantuan daripada polis di sempadan negara dan Interpol”.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: