Allah Akan Tentukan Kebenarannya – Ustaz Najib

BERNAMA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Timbalan Perdana Menteri berkata hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

“Allah yang akan menentukan yang benar, Allah yang akan membalas di Akhirat, silap-silap di dunia pun dah dapat balasannya nanti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Berkelompok Tahunan Umno bahagian Pekan di sini, Sabtu.

“Saya tidak gentar, tidak takut untuk hadapi fitnah, kebenaran akan terbukti, saya dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) akan hadapi segala-galanya dan yakin kebenaran akan timbul,” katanya.

“Sejarah sendiri akan menilai atau menghukum apa yang kita buat (jika kita bersalah),” katanya.

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada laporan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kepada Umno anggota bahagian Pekan, Najib secara berseloroh berkata: “Janganlah buat saya rungsing hati dan kepala untuk serabut fikir hal di (bahagian Umno) Pekan. Dah banyak cabaran sehari dua ini, jangan ada kerenah pula di Pekan ini,” kata Najib sambil tersenyum.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut berharap mesyuarat Umno peringkat cawangan bahagian itu pada Julai ini akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Kita bawalah nilai baru, semangat baru, terus berjuang dengan semangat baru dan jadiakan Umno parti yang segar, dinamik, anggun dan menarik kepada masyarakat,” katanya.

Sebanyak 139 cawangan Umno di Pekan akan mula bermesyuarat pada 17 Julai ini dan bahagian Pekan merupakan bahagian Umno paling ramai keanggotaannya di Pahang iaitu seramai 32,087 ahli.

Najib berkata kemenangan besar Parlimen Pekan pada pilihan raya umum lepas perlu dipertahankan bagi memastikan Pekan dan Pahang terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional.

Sementara itu Timbalan Ketua Umno bahagaian Pekan Datuk Ishak Muhamad berkata Umno Pekan akan terus berdiri teguh di bawah kepimpinan Najib bagi menghadapi sebarang fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang terhadapnya.

— BERNAMA


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: