Raja Petra beri keterangan petang ini

MALAYSIAKINI – Blogger Raja Petra Kamaruddin akan memberi kenyataan di balai polis Sentul petang ini berhubung akuan berkanun yang dibuatnya yang mendakwa isteri timbalan perdana menteri berada di tempat kejadian ketika Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah memberitahu Malaysiakini, suaminya menerima panggilan telefon dari pihak polis pagi ini dan mengesahkan suaminya akan pergi ke balai polis Sentul pada jam 5.30 petang ini.

“Beliau akan ditemani oleh seorang peguam, tetapi kami belum memutuskan siapa penguamnya,” kata Marina.

VIP disebut

raja petra kamaruddinRaja Petra memperakui dalam satu akuan berkanun bahawa tiga individu termasuk isteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – Datin Seri Rosmah Mansor – berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Selain Rosmah, Raja Petra turut menyebut dalam akuan berkanunnya itu nama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin.

Khairy dan Rosman difahamkan telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan Raja Petra itu.

Sehingga ini, Najib dan Rosmah telah menafikan dakwaan Raja Petra itu tetapi mereka tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger tersebut.

Menurut Najib, dakwaan Raja Petra bahawa isterinya terbabit dalam kes tersebut adalah satu pembohongan dan rekaan semata-mata.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: