Pertemuan Najib, Saiful mesti disiasat

HARAKAHDAILY – Pengakuan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa adanya pertemuan dengan Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful seolah-olah membenarkan wujudnya konspirasi untuk memalitkan imej dan kareer politik Dato� Seri Anwar Ibrahim.

Ini ditambah pula dengan penarikanbalik Akuan Bersumpah penyiasat persendirian yang berlaku kurang daripada 24 jam telah membangkitkan lebih banyak tanda tanya daripada jawapan mengenai kesahihan penafian Najib bahawa beliau tidak kenal Altantuya.

Malah keengganan isteri Najib pula, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra Kamaruddin ke mahkamah di atas Akuan Bersumpah yang dibuatnya yang mengaitkan keterlibatan Rosmah di dalam pembunuhan mendiang Altantuya telah mewujudkan spekulasi yang sangat serius sama ada beliau benar-benar terlibat.

Dalam hal yang demikian Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa agar Najib meletakkan jawatan kerana integriti dan kewibawaan beliau dipertikaikan kerana memberikan implikasi negatif kepada imej negara di mata dunia.

Beliau sebelum itu menyelar tindakan Najib yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan juga keterlibatan beliau sebagai dalang di dalam fitnah terbaru melibatkan Dato� Seri Anwar Ibrahim.

” Saya cabar Perdana Menteri bertindak sewajarnya dengan menggantung tugas Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan agar beliau boleh disiasat dan didakwa jika terbukti beliau bersalah.

“Kita desak tindakan dibuat pada kadar segera agar imej negara tidak terus terpalit dengan pelbagai masalah kerana kepimpinan yang lemah dan bankrap moral,” kata Shamsul dalam kenyataannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: