Hubungan seksual elak mati pucuk

BERITA HARIAN (WASHINGTON) : Kekerapan melakukan hubungan seks boleh mengurangkan risiko mati pucuk di kalangan lelaki, menurut satu kajian oleh penyelidik yang melakukan kaji selidik terhadap 989 lelaki antara usia 55 dan 75 tahun dari daerah Pirkanmaa, Finland.

Responden terbabit tidak mengalami sebarang masalah mati pucuk pada awal kajian dilakukan yang meliputi tempoh lima tahun, menurut laporan.

Mereka mendapati, lelaki yang melakukan hubungan seks tidak sampai sekali seminggu ada kemungkinan dua kali ganda menderita mati pucuk, kata kajian itu yang disiarkan oleh majalah Jurnal Perubatan Amerika pada bulan ini.

Daripada 1,000 kes mati pucuk, 79 daripadanya mencatatkan lelaki yang melakukan hubungan seks tidak sampai sekali seminggu.

Bagaimanapun, angka berkenaan menurun kepada 32 kes dalam 1,000 lelaki yang melakukan hubungan seks sekali seminggu.

Angka itu terus menurun kepada 16 bagi 1,000 lelaki yang melaporkan melakukan hubungan asmara tiga kali atau lebih seminggu.

Selain itu, kadar kekerapan ketegangan organ seks lelaki pada waktu pagi turut memberi petanda awal kepada kemungkinan mereka mati pucuk sepenuhnya mati pucuk.

Kajian mendapati, lelaki menghadapi risiko 2.5 kali ganda untuk mati pucuk jika mereka berasa tidak sampai sekali ketegangan pada waktu pagi dalam tempoh seminggu berbanding lelaki yang mengalami dua hingga tiga kali ketegangan.

“Kekerapan melakukan hubungan seks memainkan peranan penting dalam mengekalkan keupayaan di kalangan lelaki tua, yang menyaksikan ketegangan pada waktu pagi tidak menunjukkan kesan serupa.

“Rumusannya, aktiviti seksual secara berterusan mengurangkan kes mati pucuk di kalangan lelaki,” kata Juha Koskimaki dari Hospital Universiti Tampere, Jabatan Urologi, di Tampere, Finland.

Kajian menunjukkan, kekerapan melakukan hubungan seks melindungi lelaki daripada mengalami masalah mati pucuk.

Masalah mati pucuk atau erectile dysfunction mengikut bahasa perubatan merujuk kepada ketidakupayaan lelaki mengekalkan ketegangan organ seks hingga mencapai kemuncak syahwat.

Masalah berkenaan dipercayai membabitkan sehingga 50 peratus lelaki berusia 40 hingga 70 tahun. � Agensi

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: