Anwar terjerat…keraguan memuncak dalam Pakatan Rakyat

AGENDA DAILY – Parti Keadilan Rakyat sekarang berada dalam krisis keyakinan yang paling runcing sejak kemenangan gemilangnya dalam pilihanraya 8 Mac lalu.Ikut ceritanya angin sudah bertiup bahawa krisis ini membawa kemungkinan keadaan yang terbalik kot.

Kalau sebelum ini heboh cerita pasal adanya Ahli Parlimen Barisan Nasional yang nak lompat ke pembangkang kini jangan terkejut kalau terdengar ada Ahli Parlimen PKR yang menghitung hari nak paling tadah.

Ini adalah berikutan aduan liwat kepada polis yang dibuat terhadap pemimpin tertinggi mereka Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga penafian yang dibuat oleh penyiasat bersendirian P.Balasubramaniam terhadap akuan bersumpahnya yang mengandungi berbagai tuduhan dahsyat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.

Penafian itu pada pagi Jumaat telah menggemparkan seluruh negara dan sekaligus menjadi tamparan yang memalukan Anwar kerana beliau memberikan sidang akhbar berhubung dengan perkara itu atas keyakinannya kepada P.Balasubramanian.

Pemerhati pemberhati politik menganggap pihak tertentu telah mengambil kesempatan dalam keadaan Anwar berada dalam kecemasan dan kegelisahan untuk meyakinkannya terhadap suatu bukti yang akan membuka jalan mudah kepadanya bagi menjadi Perdana Menteri menjelang 16 September ini.

Keadaan cemas dan marah Anwar terlihat diwajahnya di kaca telivisyen ketika beliau memberikan sidang akhbar yang membuat berbagai tuduhan terhadap Najib. “dia jelas tidak tenteram dan tidak tenang seperti biasa” kata beberapa orang yang mengikuti sidang akhbar itu dan juga yang menghadhiri perhimpunan besar di Shah Alam Selasa malam di mana beliau membuat penafian terlibat dengan liwat bagi kali kedua.

Suatu sumber membertiahu Agendadaily bahawa Anwar telah termasuk dalam perangkap yang menyebabkan orang ramai mulai yakin kepada laporan mengenai liwat yang dibuat oleh seorang pemuda yang pernah menjadi pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Orangramai yang pada mulanya tidak yakin dengan lapuran itu sekarang mulai sangsi teruatama sekali mengapa Anwar lari ke Kedutaan Turki dan juga penafian kedutaan Turki bahawa mereka menjemputnya ke kedutaaan itu.

Orangramai juga tidak percaya kepada dakwaannya ada percubaan untuk membunuhnya dan juga dakwaaan seorang pemimpin PAS kononnya beliau mendapat maklumat dari inteligen sebuah negara jiran mengenai pekara itu.

Tidaklah mudah bagi sesebuah negara jiran untuk memberikan susuatu maklumt kepada pihak- pihak yang tidak mempunyai pertalian rasmi dan bukan kerajaan dan di Malaysia hal ini tidak mungkin akan berlaku.

Anwar berhasrat untuk menjadikan isu ini bagi mendorong rakyat untuk mengadakan perarakan reformasi besaran besaran bagi menjatuhkan kerajaan seperti yang dilakukan oleh pemuda-pemuda Indonesia terhadap Presiden Suharto.Anwar telah gagal melakukan ini 10 tahun dahulu tetapi beliau yakin akan dapat melakukan ini terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan menggunakan isu minyak dan kenaikan harga barang.

Bagaimana pun laporan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya telah mengecewakannya kerana menimbulkan semula banyak keraguan terhadapnya termasuk di kalangan keluarganya.Isterinya sendiri Datin Seri Wan Azizah kelihatan sedih dan tidak senang di dalam sidang akhbar selepas menemui Perdana Menteri Abdullah Badawi petang Selasa lalu.

Sumber-sumber memberitahu Agendadaily perasaan ragu telah menjalar dikalangan pimpinan PAS termasuk golongan muda dalam parti itu berikutan laporan dakwaan liwat kali kedua ini.

Mereka dikatakan mendasarkan ini kepada aksi Anwar dikaca TV dan juga tindakan tindakannya yang gopah gapah dengan lari ke kedutaan Turki,mengadakan perhimpunan meminta sokongan di Stadium Melawati, Shah Alam serta membuat tuduhan liar kepada beberapa pihak dengan tiba-tiba.

Perasaan ragu mereka jadi tambah membara bila Balasubramanian membuat penafian terhadap akuan berumpahnya.

Juga tidak menghairan jika tidak ramai lagi kalangan pemimpin PAS dan ahli parti itu tidak hadir di perjumpaan-perjumpaan yang bakal diadakan oleh PKR.

Bagaimanapun yang masih menyokong kuat Anwar ialah pemimpin DAP,Lim Kit Siang.Didalam blognya hari Jumaat beliau telah meminta kerajaan supaya menubuhkan Suruhajaya Penyiasat Diraja untuk membuktikan tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri oleh P.Balasubramaniam walaupun Balasubramanian telah menapikan seluruh tuduhannya itu.

Didalam blognya beliau juga mencatitkan nama Najib sebagai Najis.

Pemerhati politik beranggapan bahawa Lim Kit Siang berbuat demikian kerana satu satunya harapan orang Cina bagi memperjuangkan Malaysian Malaysia ialah Anwar.

Oleh kerana bimbangkan kredibiliti Anwar akan semakin teruk,Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar hari Jumaat membuat laporan polis supaya penyiasatan diteruskan bagi akuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra dan Balasubramanian.

Wakil Reuter di Malaysia juga telah melaporkan kepada dunia bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak percaya bahawa Anwar sekali lagi melakukan liwat.Laporan agensi berita asing yang mengambil angle itu memang tidak menghairankan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr.Mahathir Mohammad dalam blognya http://www.chedet.com juga telah mulai mengulas tentang tuduhan liwat kali kedua terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau yang membuat ulasan itu atas permintaan ramai telah menyatakan tidak percaya bahawa cerita itu sengaja diadakan oleh Anwar sendiri sebaliknya beliau mengemukakan hujah hakim dalam perbicaraan Anwar dahulu bahawa kejadian liwat oleh Anwar ada berlaku tetapi tidak dapat disahkan oleh pendakwa.

Sementara itu Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral Datuk Salleh Ismail telah menafikan dakwaaan Raja Petra Kamaruddin dalam akuan bersumpahnya bahawa unitnya telah memberikan lapuran kes Altantuya Shaaribu kepada Perdana Menteri.

Menantu Abdullah,Khairy Jamaluddin juga telah menafikan ada menerima laporan itu.

Namun Dr.Mahathir dalam blognya telah mempertikaikan pandangan Khairy sebagai ‘ tak masuk akal’ kononnya Anwar sengaja menyuruh Saiful buat laporan dia diliwat dalam usahanya untuk meraih simpati orangramai.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: