Perhimpunan berpindah ke Stadium Kelana Jaya

MALAYSIAKINI – Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Difahamkan mesyuarat tersebut diadakan di rumah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.

Stadium Kelana Jaya boleh memuatkan 50,000 tempat duduk. Manakala padangnya pula boleh memuatkan jumlah hadirin yang sama.

Penyelaras Protes Dr. Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tempat itu tetapi belum mahu menjelaskan butiran lanjut perkara itu.

Semalam, Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Katanya, beliau telah menasihatkan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan.

Menurutnya lagi, jika masih ingin meneruskannya, ia boleh dipindahkan ke lokasi lebih sesuai seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Malawati, juga di Shah Alam.

Advertisements

1 Komen

  1. Al Sufi said,

    4 Julai 2008 pada 1:01 pm

    ISU LIWAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM –
    CARA PENYELESAIAN

    KITA SEDANG TERJEBAK DALAM SATU KRISIS PERPECAHAN MELAYU ISLAM. PERPECAHAN INI SANGAT BESAR SELEPAS PILIHANRAYA, KESAN DARI PEMIMPIN – PEMIMPIN KITA YANG BERBALAH SESAMA SENDIRI. ANCAMAN KEPADA MELAYU PADA MASA KINI IALAH ISU ANWAR MELAKUKAN LIWA. ISU INI BUKAN SATU ISU YANG MUDAH. SEMUA ORANG AKAN BUAT BERBAGAI – BAGAI TUDUHAN. INI TIDAK BAIK DAN DILARANG OLEH AGAMA.

    YANG MENYOKONG ANWAR MENUDUH KERAJAAN BERKONSPIRASI. YANG MENYOKONG KERAJAAN PULA SEDANG MENCARI BUKTI. AKHIRNYA ORANG MELAYU ISLAM BERBALAH SESAMA SENDIRI, MELAKUKAN DOSA KERANA MEMPERTAHANKAN PERKARA – PERKARA YANG YANG MEREKA SENDIRI TIDAK JELAS. KESAN TAHUN 1998 DULU, KITA SUDAH MERASA SANGAT BURUK KEPADA BANGSA DAN NEGARA.

    BAGI MENGATASI KEMELUT DAN MASALAH INI, YANG TERBAIK IALAH KITA SERAHKAN KEPADA ALLAH SWT. CARANYA IALAH SEMUA ORANG MELAYU ISLAM, PERTUBUHAN – PERTUBUHAN, NGO, INSTITUSI MASJID/SURAU, SEKOLAH – SEKOLAH DAN UNIVERSITI MENCARI SATU HARI KHAS UNTUK MENGANJURKAN SEMBAHYANG HAJAT BERAMAI – RAMAI MEMOHON ALLAH SWT MEMBERI PETUNJUK KEPADA MANA – MANA PIHAK YANG BERSALAH DALAM PERKARA INI. SEMBAHYANG HAJAT BOLEH DIADAKAN DI TEMPAT MASING – MASING. POHON SOKONGAN SEMUA PIHAK SUPAYA KITA DAPAT MENYELAMATKAN NEGARA KITA DARI MALAPETAKA.

    MULAI HARI INI HENTIKAN TUDUH – MENUDUH DAN KITA KEMBALI KEPADA ALLAH SWT. SEBARKAN SUPAYA SEMUA ORANG MENGAMBIL BAHAGIAN.

    AL-SUFI


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: