Hikayat Akuan Bersumpah

AGENDA DAILY – Gamat seluruh negara apabila muncul satu akuan bersumpah yang mendakwa sesutau perkara itu itu berlaku atau yang membuat akuan bersumpah itu percaya maklumat yang diberikan kepadanya tentang sesuatu perkara itu berlaku.

Muncul sahaja akuan bersumpah, masyarakat umumnya akan terus membuat kesimpulan “ini garenti betul…kalau tidak takkan dia berani buat akuan bersumpah”.

Namun tidak ramai yang sedar bahawa akuan bersumpah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.

Caranya mudah, buat akuan mendakwa sesuatu perkara itu berlaku atau pun seseorang itu membuat akuan bersumpah kerana percaya maklumat yang diberikan kepadanya adalah betul, kemudian pergi cari Pesuruhjaya Sumpah bayar RM6, maka akuan itu akan dicop dengan cop Pesuruhjaya Sumpah dan jadilah ia surat akuan bersumpah.

Soal kebenaran kandungan akuan bersumpah itu tidak penting. Betul atau salah belakang cerita. Apa yang penting dakwaan dibuat.

Jika diimbas 10 tahun lalu tatkala pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku, kemunculan surat akuan bersumpah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Yang dakwa diliwat buat akuan bersumpah, yang didakwa meliwat buat akuan bersumpah, yang namanya disebut dalam mana-mana dakwaan kemudiannya juga buat surat akuan bersumpah.

Namun pada akhirnya akuan bersumpah tinggal akuan bersumpah.

Sebagai contoh untuk mudah kita fahami bagaimana satu surat akuan bersumpah boleh dibuat. Berikut adalah gambaran yang boleh diberikan.

“Seorang lelaki membuat akuan bersumpah setelah seorang wanita tua berumur 60 tahun memberitahunya ada seorang lelaki bernama Raj Pet berhutang dengannya RM15 setelah melanggani perkhidmatan wanita itu di sebuah tempat di Lorong Haji Taib, Chow Kit.

“Setelah itu lelaki berkenaan buat surat akuan bersumpah bahawa beliau telah diberikan maklumat oleh seorang perempuan tua berumur 60 tahun dan percaya maklumat tersebut betul bahawa Raj Pet berhutang dengannya sebanyak RM15 setelah melanggani perkhidmatannya di Lorong Haji Taib, maka dia buat satu surat yang memuatkan maklumat yang diterimanya dan kemudiannya pergi ke mana-mana pejabat Pesuruhjaya Sumpah bayar RM6 maka surat yang disediakannya itu akan dicop dan jadilah ia surat Akuan Bersumpah”.

Begitulah mudahnya surat akuan bersumpah dibuat. Soal sama ada dakwaan itu betul atau tidak, ia tidak timbul. Malah jika selepas ia dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah, ia bukan merupakan dokumen yang boleh mengesahkan dakwaan-dakwaan yang terkandung dalam surat itu.

Maka tidak hairanlah apabila jika akuan bersumpah dalam contoh Raj Pet tersebut, kadang kala dapat dibaca selepas kita makan kacang putih yang dijual di tepi jalan kerana kacang putih itu dibungkus dengan kertas akuan bersumpah yang diedarkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: