Dua ditahan berceramah di Masjid Kpg Baru

MALAYSIAKINI – Polis menahan dua orang yang berceramah meminta orang ramai menghadiri perhimpunan sejuta rakyat Ahad ini bagi membantah kenaikan harga minyak.

Mereka berceramah sejurus selepas umat Islam selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Kampung Baru tengahari tadi.

Mereka yang ditangkap itu dikenali sebagai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu, Khairul Anuar manakala seorang lagi adalah setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid.

Sebelum itu, mereka berceramah dalam perkarangan masjid tersebut, menyentuh soal konspirasi terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kira-kira 300 berhimpun mendengar ceramah tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis mengarahkan mereka dan orang ramai beredar dari situ.

Apabila sampai di luar pintu utama masjid tersebut, seorang daripada mereka sekali lagi berceramah meminta orang ramai menghadiri perhimpunan sejuta rakyat Ahad ini bagi membantah kenaikan harga minyak.

Ketika itu, anggota polis menghamapirinya dan menariknya turun dan kemudiannya membawa kedua-duanya ke dalam trak polis.

Difahamkan, kedua-duanya dibawa ke balai polis Jalan Tun HS Lee.

Kira-kira 80 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di sekitar kawasan masjid berkenaan sejak sebelum solat Jumaat.

Sementara itu, Ketua AMK pusat, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kedua-duanya sedang disiasat atas dakwaan berhimpun haram.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: