Dari laporan polis ke akuan bersumpah…

AGENDA DAILY – barat kita sedang memandu – pastikan pakai tali pinggang keledar.Mungkin banyak yang tidak diduga bakal ditempohi sepanjang perjalanan nanti.

Begitulah halnya untuk mengharungi senario politik semasa yang diwarnai oleh dakwaan itu ini yang ‘meletup-letup’.

Laporan polis yang dibuat petang Sabtu lalu oleh Saiful Bukhari Azlan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu meliwatnya sudah cukup sensasi.

Ini diikuti oleh drama Anwar lari ke Kedutaan Turki dan dakwa wujudnya konspirasi kenakan beliau.

Pada waktu orangramai ternanti-nanti untuk tahu apa ceritanya kes itu,jam 11.30 pagi Khamis Anwar adakan sidang akhbar untuk lepas ‘ bom’ terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mengunakan akuan bersumpah pasal kes Altantuya oleh seorang bekas penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang diupah oleh penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Betul ke tak betul dakwaan yang terkandong dalam akuan bersumpah setebal 16 muka surat.. itu lain cerita.Bunyinya memang sensasi.

Antara yang didakwanya ialah maklumat penting mengenai hubungan antara Najib dan wanita Altantuya yang pernah diberikannya pada polis dua tahun lalu tidak dimasukan dalam perbicaraan mahkamah kes wanita Mongolia itu yang sudah masuk hari ke 124.

Balasubramaniam mendakwa Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada Razak Baginda, yang ketika itu Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Strategik Malaysia (MRSC) pada satu pameran berlian di Singapura,
Selain itu, Altantuya juga telah dijanjikan komisyen AS$500,000 atas khidmat sokongannya dalam urusan pembelian kapal selam.

Anwar mendesak agar sebuah suruhanjaya diraja di tubuhkan untuk menyiasat dakwaan-dakwaan itu.

Ada juga pemerhati yang andaikannya sebagai bom asap Anwar untuk kaburi perhatian keatas kes dakwaan liwat keatasnya.

Ada juga yang menilai senarionya sudah macam ‘ perang ‘ antara Anwar dan Najib.Ini membuatkan para wartawan dan jurugambar berkampong di bangunan Parlimen pula.

Jam 6.40 petang Najib pula berdepan dengan para wartawan di pejabatnya di situ untuk menjawab dakwaan yang nyata sekali boleh conteng arang pada imejnya.

Di satu arina lain macam-macam khabar angin bertiup.Ini hal biasa dalam senario politik sebegini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpendapat fitnah kini bermaharajalela dalam negara kerana terlalu banyak khabar angin yang menyusahkan hati rakyat.

“Banyak sangat khabar angin. Buat cerita, tabur fitnah itu ini..tak habis-habis. Seolah-olah fitnah bermaharajalela.

“Ini menyebabkan rakyat tak pernah senang. Dengar cerita yang bukan-bukan dan mudah sangat percaya.

“Mereka jadi kelam kabut dan tambah-tambah lagi (cerita) dan jadi makin teruk, bukan makin baik,” katanya menjawab soalan para wartawab dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Abdullah berkata, sepanjang 35 tahun terbabit dalam dunia politik, beliau tidak pernah melihat terlalu banyak perkara yang berlaku termasuk khabar-khabar angin yang membimbangkan rakyat.

Perdana Menteri enggan mengulas mengenai tuduhan terbaru yang yang dibuat Anwar terhadap Najib kerana menyifatkannya subjudis memandangkan ia masih dalam perbicaraan mahkamah.

“Beliau (Najib) ada memberitahu saya tadi tapi kami tidak membincangkannya,”katanya.

Dengan nada kesal Abdullah juga kata terbaru beliau diberitahu oleh pegawainya bahawa terdapat khabar angin yang mendakwa Saiful mempunyai kaitan dengan keluarga menantu perempuannya.

“Ada yang kata, Saiful adalah anak angkat kepada keluarga menantu perempuan saya. Apa itu… tak pasal-pasal.

“Belum tahu lagi betul atau tidak tapi orang dah tanya,” katanya.

Apapun kata Perdana Menteri keadaan negara adalah aman dan selamat, dan rakyat tidak perlu bimbang dan percaya dengan khabar angin yang mendakwa negara kini dalam keadaan darurat.

Abdullah berkata, keadaan ekonomi dan keselamatan negara juga dalam keadaan terkawal dan rakyat tidak sepatutnya terlampau teruja dengan apa yang berlaku di negara pada masa ini.

“Negara tidak berada dalam keadaan darurat. Kerajaan ini sebuah kerajaan yang stabil, percayalah.

“Keselamatan negara ini masih terkawal dan berada dalam keadaan mengawal semua (perkara).

“Kita tahu apa yang sedang berlaku dan negara ini akan aman dan selamat dan pada hari ini pun (selamat),” katanya bila ditanya tentang andaian kononnya latihan bersama yang diadakan antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera menunjukkan negara menghadapi darurat.

“Rakyat tidak perlu bimbang. Mereka boleh mengadakan latihan bersama jika mereka mahu. Mereka mahu berkoordinasi. Ini tidak patut dianggap atau diandaikan sebagai sesuatu yang kita perlu bimbangkan,” katanya.


Kata beliau, kerajaan akan bertindak jika terdapat sebarang masalah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: