Najib: Pembohongan yang dahsyat

MALAYSIAKINI – Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan akuan berkanun seorang penyiasat persendirian yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibu sebagai satu pembohongan yang sangat dahsyat.

“Saya menganggapnya sebagai pembohongan yang sangat dahsyat, rekaan, berniat jahat, fitnah untuk mencemarkan imej saya,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut mengenai akuan berkanun itu, Najib berkata perkara itu subjudis kerana ia masih dalam perbicaraan.

“Pertamanya, perkara ini subjudis kerana masih dalam perbicaraan tetapi saya ingin nyatakan saya tidak pernah kenal, tidak pernah berjumpa wanita Mongolia yang disebut dalam akuan berkanun itu,” katanya.

najib press conference altantuya 030708Najib berkata, beliau amat yakin tindakan tersebut bertujuan mengalih pandangan terhadap dakwaan liwat yang sedang dihadapi oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, apa yang penting ialah rakyat hendak tahu sama ada perkara liwat berlaku atau tidak.

“Saya berharap pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya dan mengumumkan kepada orang ramai,” katanya.

Najib juga berkata, akuan berkanun itu bercanggah dengan kenyataan di mahkamah dan laporan yang dibuat kepada polis.

“Saya minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Pihak yang bertanggungjawab perlu menerima akibatnya jika ada kes terhadap perkara itu.

“Saya serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Saya ada hak sebagai seorang warganegara untuk meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini,” katanya.

Menurut Najib lagi, beliau tidak tahu mengapa tiba-tiba Anwar menyerang beliau, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Isu utama, adakah kes liwat berlaku atau tidak? Mungkin dia (Anwar) anggap saya di belakang tabir,” tambah Najib yang mengaku Mohd Saiful Bukhari Azlan – yang membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Anwar – telah datang menemuinya beberapa hari sebelum laporan tersebut dibuat.

Diedar pada media

Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman – yang turut diedarkan di sidang media Anwar  di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.

Dalam akuannya itu, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa penganalisis politik itu pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuk penyiasat itu terus bertugas dengannya.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Bekas anggota Cawangan Khas ini, yang bertugas selama 17 tahun bersama pasukan polis, disoal siasat lebih kurang 10 jam selama tujuh hari ditahan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: