Lim: Najib perlu bercuti…

MALAYSIAKINI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bercuti sehinggalah semua persoalan yang membabitkan kredibilitinya, khususnya berhubung dengan akuan berkanun penyiasat persendirian P Balasubramaniam, berkaitan hubungannya dengan Altantuya Shaariibuu, disiasat dan nama beliau dibersihkan.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata, akuan berkanun Balasubramanian bertarikh 1 Julai dan diumumkan hari ini, telah mencabar kebenaran pelbagai kenyataaan penafian Najib berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia tersebut pada Oktober 2006 – bahawa Najib tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan Altantuya.

Katanya, Najib serta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh membiarkan akuan berkanun Balasubramaniam yang menggemparkan itu, tidak dicabar kerana ia membangkitkan isu-isu asas kelayakan memegang jawatan tinggi di  negara ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, akuan berkanun Balasubramaniam itu mengingatkan rakyat kepada apa yang dikatakan oleh isteri Abdul Razak Baginda ketika suaminya itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 16 November 2006.

Katanya, isteri Abdul Razak – Mazlinda Makhzan – yang hilang sabar, menjerit kepada para wartawan: “Suami saya tidak bersalah. Suami saya orang baik. Dia menyokong dan melindungi saya. Mengapa kamu menulis semua cerita ini mengenainya. Dia tidak bercita-cita menjadi perdana menteri. Mengapa mereka lakukan ini terhadapnya?”.

Menurutnya, Balasubramaniam berkata tujuan beliau membuat akuan berkanun itu, antara lain, ialah:

bullet buttonUntuk menyatakan kekecewaannya terhadap standard penyiasatan oleh pihak berkuasa terhadap pembunuhan Altantuya.

bullet button Menarik perhatian pihak berkuasa yang berkenaan mengenai kemungkinan besar bahawa ada individu, selain daripada tiga tertuduh, yang memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya.

bullet button Menggesa pihak berkuasa berkenaan supaya membuka semula dengan segera siasatan mereka dalam kes ini, supaya sebarang bukti baru boleh dikemukakan di mahkamah sebelum penggulungan kes pendakwa.

bullet button Menekankan  hakikat bahawa sebagai seorang yang pernah bertugas dalam pasukan polis selama 17 tahun, beliau begitu pasti bahawa tiada anggota polis yang akan menembak seseorang di bahagian kepala dan meletupkan mayat mereka tanpa terlebih dahulu menerima arahan khusus dari pegawai atasan.

bullet button Menyuarakan kebimbangannya bahawa jika tidak dipanggil membela diri dalam perbicaran Altantuya, tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri, 31, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 36, tidak perlu mengangkat sumpah dan memberi keterangan mengenai arahan yang mereka terima dan siapa yang memberi arahan tersebut .

Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman – yang turut diedarkan di sidang media Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa Abdul Razak pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Bekas anggota Cawangan Khas ini, yang bertugas selama 17 tahun bersama pasukan polis, disoal siasat lebih kurang 10 jam selama tujuh hari ditahan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: