Ayam tua muncul kembali, Mat Bangla jadi pelanggan tetap

KOSMO! – Sebuah lorong berhampiran premis kedai di Jalan Kampung Tiong, di sini ‘panas’ semula dengan kegiatan menjual kehormatan di kalangan wanita tua berumur sehingga 50-an.

Jika sebelum ini, mereka hanya menerima pelanggan daripada kalangan orang tempatan, ‘perkhidmatan’ tidak bermoral itu juga telah menarik minat pekerja asing dari Bangladesh.

Mereka yang sudah berstatus nenek dan digelar ‘ayam tua’ itu menjadikan tangga di sebuah bangunan yang ditutup dengan jeriji besi sebagai tempat menunggu pelanggan.

Ini bagi mengelakkan mereka dikesan pihak berkuasa, selain memudahkan mereka untuk melayan pelanggan di bilik di tingkat atas bangunan itu.

Wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai pelanggan mendapati lapan wanita berumur antara 35 hingga 50-an duduk sambil bersembang di tangga bangunan.

Menerusi pintu berkenaan, urusan tawar-menawar dibuat dengan salah seorang wanita berbaju kurung berbadan gempal dianggarkan berusia lebih 40 tahun.

Wanita tersebut, Ika (nama samaran) berkata, dia dan rakan-rakan mengenakan bayaran antara RM70 hingga RM80.

Apabila diberitahu caj itu mahal, wanita tersebut berkata, ia sebenarnya ‘amat berpatutan’ apatah lagi sukar mendapatkan perkhidmatan seumpama itu di bandar ini.

Ika berkata, pelanggan lelaki tempatan sudah biasa dengan harga sedemikian dan tidak pernah merungut.

“Kira murah la tu tetapi Mat Bangla (Bangladesah) mahal sikit sampai RM100,” katanya.

Kosmo! sebelum ini pernah menyiarkan kegiatan pelacuran kumpulan wanita berkenaan dan bagi membendung kegiatan itu, kerajaan negeri pernah menawarkan rumah percuma di Pangsapuri Desa Keluarga di Chendering, di sini dengan syarat mereka meninggalkan terus ‘pekerjaan’ tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan kesemua mereka menolak tawaran itu kerana sudah lama mencari makan dengan kegiatan tersebut.

Dalam pada itu, seorang peniaga di kawasan berkenaan yang enggan dikenali berkata, kegiatan itu rancak semula sejak enam bulan lalu selepas ‘sunyi’ seketika apabila ia disiarkan Kosmo!.

Katanya, kebanyakan pelanggan berusia lebih 40 tahun dan jumlah mereka paling ramai pada Rabu, Sabtu dan Ahad kerana kawasan itu berdekatan kedai nombor ekor.

Ujarnya, warga Bangladesh turut berulang-alik ke situ untuk melanggan wanita yang kebanyakannya berstatus janda dan sudah mempunyai anak.

“Kadang kala saya tengok macam pesta pula sebab mereka datang berkumpulan untuk tawar-tawar,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: