Anwar: Tubuh s’jaya siasatan diraja

MALAYSIAKINI – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, pendedahan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dalan akuan berkanunnya, mempunyai implikasi serius terhadap pentadbiran kehakiman negara di mana integriti dan kredibiliti polis, pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman telah tercemar.

Katanya, kenyataan Balasubramaniam itu telah mengesahkan “apa yang telah kita katakan selama ini; tiada siasatan yang sempurna dilakukan terhadap pembunuhan Altantuya”.

Akuan bersumpah Balasubramaniam itu, tegas mantan timbalan perdana menteri itu, mengesahkan dengan jelas dan konsisten bentuk manipulasi sistem keadilan jenayah “yang telah kita saksikan di negara ini sejak 1998”.

Akaun berkanun setebal 16 halaman itu difailkan pada 1 Julai dan turut diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Balasubramaniam turut hadir.

Menurutnya, pendedahan penyiasat persendirian itu menuntut supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam memberi maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: