Abdullah Enggan Ulas Isu Najib-Altantuya Kerana Subjudis

BERNAMA – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan mengulas dakwaan terkini terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengaitkan timbalannya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata perkara itu tidak wajar ditimbulkan kerana kes bunuh itu sedang dibicarakan di mahkamah.

“Ini subjudis. Perkara dalam mahkamah, saya pun tak nak komen. Tak habis lagi cerita itu.

“Saya tahu Najib pun akan buat sidang akhbar pada waktu ini.

Dia juga akan meminta pandangan Peguam Negara mengenai perkara ini kerana ia sudah ada dalam mahkamah dan tidak wajar kita timbulkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di sini.

Perdana Menteri berkata beliau tidak berbincang mengenai perkara itu dengan Najib tetapi hanya dimaklumkan oleh timbalannya itu.

Ditanya sama ada siasatan akan dibuat terhadap tuduhan terbaru itu, Abdullah berkata: “Kita pun tak tahu apa tuduhan itu. Lagi dok (di) layan, 10 kali layan, 10 kali siasatlah. Itu sahaja”. — BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: