100 NGO serah memo pada Sultan S’gor

MALAYSIAKINI – Sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan  (NGO) di Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam hal ehwal Islam.

Seramai 200 anggota pelbagai NGO itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Pengiring Sultan, Komander Ahmad Ramli Kardi, di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Jurucakap mereka, Datuk Abdul Abdul Rahman Palil, berkata antara bantahan yang terkandung dalam memorandum itu ialah mengenai penyalahgunaan masjid sebagai medan berpolitik selain kewujudan semakin ramai penceramah dan khatib  tidak bertauliah.

“Memorandum ini bertujuan agar keadaan yang berlaku ini dapat diperbetulkan memandangkan Tuanku Sultan adalah ketua agama di negeri ini,” katanya kepada
pemberita.

Menurut laporan Bernama, Abdul Rahman berkata memorandum itu juga menyebut mengenai pembinaan rumah ibadat tanpa memikirkan keperluan serta sensitiviti kaum serta mengenai isu zakat.

Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, merupakan ahli exco negeri sewaktu Barisan Nasional (BN) mentadbir Selangor penggal lalu.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang – PKR, DAP, PAS – yang kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat, menubuhkan kerajaan di Selangor selepas menang 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: