Isteri terkejut lelaki bogel dalam rumah bukan suami sendiri

Info Dipetik : Harian Metro 13 Mei 2008

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita tersentak apabila melihat seorang lelaki berbogel di dalam rumahnya ketika hendak mencari suaminya sebaik terjaga dari tidur, dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, mangsa yang berusia 36 tahun dari Kampung Bukit Tok Beng, dekat sini, mendakwa terjaga dari tidur dan mendapati suaminya tiada di sebelahnya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Khairi Ahrasa, berkata wanita itu kemudian keluar dari bilik dan mencari suaminya sebelum melihat seorang lelaki berbogel dan menutup muka dengan sehelai baju di ruang tamu rumahnya.

“Polis difahamkan, mangsa keluar dari bilik dan mencari suaminya sebelum menyapa lelaki itu dengan memanggilnya ‘abang’ dan dibalas ‘abang mabuk’ oleh lelaki itu sambil suspek mengajak mangsa masuk ke bilik,” katanya.

Menurutnya, ketika itu mangsa mengetahui lelaki itu bukan suaminya selepas melihat suaminya tidur atas sofa.

Katanya, ini suspek melarikan diri dengan melompat keluar melalui tingkap dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, jam 11.10 pagi kelmarin.

“Berdasarkan laporan itu, mangsa mendakwa suspek turut melarikan beg galas kepunyaan suaminya yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM2,500 membabitkan RM2,300 tunai, telefon bimbit serta dokumen peribadi.

“Kita percaya pada awal pagi kejadian itu jiran mangsa ada melihat lelaki bogel terbabit melompat keluar dari rumah mangsa dan kita meminta sesiapa melihat kejadian itu tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah dengan bersembunyi pada waktu malam bagi maksud melakukan kesalahan,” katanya.

Advertisements

3 Komen

  1. sekeh sekali said,

    27 Mac 2009 pada 10:00 am

    …nasib baik tiada perkara yg buruk berlaku..kalau kena rogol, x ke naya…

  2. petai said,

    2 Ogos 2009 pada 4:36 pm

    kisah tidak logik… mungkin berlaku sesuatu di sini???
    siapa tau kann….

  3. jerangkoong said,

    17 Jun 2010 pada 10:44 am

    kalau tak salah ini satu amalan pukau untuk pecah rumah?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: