Pengakuan 2 Chef Hotel 5 Bintang yang menggerunkan!

Info Oleh : Petikan e-grup Detikdaily 09 Mei 2008

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 petang, terdapat  satu wawancara yang sangat menarik di antara pengulas Radio 24, Tokki dan  2 orang Chef.
Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan  kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang dihidangkan di  hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah  syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang.

Maklumlah, setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam  restoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina…. tak ingat lagi dua).

Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef.

Ini bermakna  tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah  ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintanglah katakan…). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup.

Jika tidak silap  saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis “PORK” pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis “NON-PORK”.

Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu… Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana … sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas.

Yang memakan masakan itu pula  ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci.

Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang  Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak.

Untuk memudahkan kerja, semuanya  dicampurkan sekali. Habis semuanya….

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan  agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik “Encik, makanan ni tidak halal…”.

Tapi tentulah banyak  daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para  pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang  haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai  tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama  Hotel 5 Bintang yang mana satu. D’Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan.

Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan  salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan.  Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan  sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila  kongsikan kepada semua pembaca.

Advertisements

7 Komen

  1. leokid said,

    9 Mei 2008 pada 11:58 pm

    Saya rasa perlulah diberikan penghargaan kepada penulis asal artikel ini..

    http://drazwan.blogspot.com/2008/04/restoran-hotel-5-bintang-halal-atau.html

    Semoga kita lebih berhati2 dan berwaspada dalam memilih makanan. Walaupun negara kita terkenal sebagai “hub makanan halal”, mungkin ia hanya sekadar pada nama.. T_T

  2. khairulnizambakeri said,

    10 Mei 2008 pada 2:59 pm

    Perlu lebih berhati-hati.
    Atau buka puasa dengan tamar sajalah. Haha.

  3. pinky said,

    30 Mei 2008 pada 6:30 pm

    ish yer ker nie??
    dah tak tau dah antara halal n haram..

  4. artic turban said,

    3 Julai 2008 pada 3:44 am

    this is a bullshit article and I can tell you those 2 chefs are typical malay morons who have an axe to grind. no one in all the 5 star hotels there is very strict controls, especially if there is a chinese kitchen,which serves pork, have always been separate from the other kitchens, which do not serve pork. all equiptment, pots pans, everything even knives are colour coded, even the plates do not join into the main kitchen, there are enough muslim sous chefs who take this very seriously, and in my experience this is very strictly enforced. if alcohol is to be used, it would be stated on the dish and made sure that this will not contaminate the utencils of the whole kitchen, this is also checked by surprise inspections by local councils enforcements’ health dept, who will just walk in for enforcement, cari makan lah apa lagi also free lunch and dinner, do you think 5 star hotels which cost 10s of millions of turnover are going to play play with halal isuues , you must be bloody mad or really stupid to listen to these two clons who made this statements, let them give examples, ask them to name the hotels please if they have the telur, kan berani kerana benar, takut kerana tak bertelur dan penipu, this is malaysia, the hotel can close shop in 24 hours that is how strong the enforcement is, bloody bunch of morons who make stupid statements, watch this story if this is picked up by the hotel industry, well tell the radio station to be ready for a huge law suit.

  5. artic turban said,

    3 Julai 2008 pada 4:06 am

    for that matter I am forwarding this matter to the chefs association of malaysia, f&b association of malaysia, jakim, the association of hotel owners of malaysian, now lets see where this will go.

  6. uncle z said,

    7 Julai 2008 pada 3:01 pm

    apelah yang korang jadi bangang pegi makan di hotel.kan baik makan dirumah atau kedai mkn biasa .
    yang mengeluar sijil halal tu pun belum tentu halal orangnya…hidup dengan riba berterusan..hutang kreta,rumah,kredit card n lain2..jadi mcm mana dia org nak jamin hukum ALLAH. hidup yg singkat ni takyah nak belagak ngan makn dihotel tp klu sanggup tahan seksakubur makanlah… chefs yg dok crite ni pun hamlau juga

  7. Siswazah said,

    16 Julai 2008 pada 4:02 am

    artic tuban, bagus la kau ni. kadang2 ada betul gak. Tapi kau pun bukan tau hal2 dalam kitchen kan? We need prove. Anyway, this is good article, thanks a lot dude. U really sensitive about this issue


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: