Pelajar sekolah agama buang bayi

Info Oleh : Kosmo o8 Mei 2008

ALOR STAR – Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.

Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama.

Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.

Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.

Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.

Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan.

Doktor mendapati pelajar itu sebenarnya baru bersalin dan memaklumkannya kepada ustazah berkenaan. Selepas dipujuk, barulah pelajar itu mengaku melahirkan anak sebelum membuangnya di belakang asrama.

Menurut seorang kakitangan sekolah itu yang ditemui Kosmo! semalam, disebabkan badan pelajar itu yang agak gempal dan tinggi menyebabkan pelajar dan kakitangan sekolah tidak menyedari dia mengandung sehingga sembilan bulan.

“Pelajar itu selalu tidak sihat dan pernah berhenti belajar di sini dahulu dan sambung belajar semula, semua orang tak sangka dia mengandung, lagi pun dia tidak bergaul sangat dengan orang lain,” jelasnya yang enggan dikenali.

Katanya, sekolah terbabit gempar apabila melihat beberapa orang guru mencari mayat bayi di tempat buang sampah di belakang asrama sekolah.

“Mayat itu dijumpai dalam keadaan terbakar sebab kawasan itu tempat buang sampah. Tukang kebun bakar sampah lalu terkena mayat bayi, semua badan terbakar kecuali sedikit sahaja di bahagian muka,” ujarnya.

Sementara itu jurucakap polis memberitahu, guru sekolah agama berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Langgar di sini kelmarin.

Advertisements

15 Komen

  1. johan said,

    5 Januari 2009 pada 2:51 pm

    nak salahkan siapa?

  2. nuno said,

    4 Ogos 2009 pada 5:40 pm

    salahkan perogol tersebut………..
    tidak berhati perut

  3. nuno said,

    4 Ogos 2009 pada 5:43 pm

    kita mesti memahami perasaan pelajar tersebut……
    mungkin dia malu…….
    cuba bayangkan diri kita yang d perlakukan begitu

  4. shahira idris said,

    28 Oktober 2009 pada 11:59 am

    saya setuju dengan nuno,tetapi pelajar tersebut haruslah bagitau tentang kejadian itu kat ibu bapa die daripada die lakukan perkara yang lebih besar dosanya….iai2 membunuh……..kite sume kene ingat,ape2 pon baby 2 x bedose kan……..

  5. elizabell said,

    20 November 2009 pada 7:51 pm

    1. Perogol sbb merogol
    2. Yg buang anak sbb bayi tu xbersalah..mmg malu kalo bela anak tu smpai bsr..tp dia xkn dslhkn sbb dia drogol..org akan tabik r dia sggup bsrkn anak tu wlpn kne rogol..tp lbeh bgs hntr kat tmpt anak2 yatim..sbb kisah mcm mana dia dlhrkn n sp bpk dia blh d rhsiakan..

  6. nurbutterchic said,

    27 November 2009 pada 8:30 pm

    salah sendiri tergedik2 sngt dgn lelaki dh tjadi sendiri mau ingat la beb..stupid!!!!!

  7. 16 Januari 2010 pada 5:03 pm

    kes nie byk berlaku, tpi cuma x diperdebatkan je….yela perempuan sekola agama ..kite tau sekola agama kan sekola yg suci…ble dgr je blaja kat mana?sekolah agama kite pun automatik kate owh…bgus budak nie blaja kat skola agama…tpi bukan kite nk kena “rape” …setiap perempuan nak jaga dara masing2….tpi ble da kena tebuk tupai nk salah siapa?salahkan lelaki tersebut…hukum bunuh terhadap lelaki tersebut….perempuan yf menutup aurat kena “rape” apetah lgi sebaliknya…..selisih malaikat 44….

  8. miz kiroro said,

    4 Mac 2010 pada 4:02 pm

    1.salah perogol…sbb tak berhati perut
    2.kpd mangsa rgol,jgn di sbbkan prasaan malu, masalah yang tidak ptt d smbnyikan blh mbwa padah kpd dri dan org lain.dah thu mgandung,knapa nk smbnyikan kalo ko memang tak wat slah pn,kna rgol tu bkan kmahuan,tapi mangsa kjdian. oleh itu jgan trlalu mysihkan dri dgn org lain dan jan ambil mdah dgn mslah ini.

  9. sham said,

    9 April 2010 pada 12:15 am

    kesian nya…salahkan jugak org perempuan yg pakai seksi kerana ia menaikkan nafsu kaum lelaki..so bila ada kesempatan xkira la pempuan yg tdung labuh ke x semua akan di tibai…mmm

  10. Bintun Nahl said,

    20 April 2010 pada 8:15 pm

    mungkin pelajar tersebut malu untuk mengaku yang dirinya dirogol…tapi tak salahkan kalau pelajar tersebut membuat laporan tentang apa yang terjadi pada dirinya…pelajar tersebut tak sepatutnya berdiam diri…kesian bayi yang dibuangnya, bayi tersebut pun mahu hidup…

  11. orked said,

    28 April 2010 pada 3:00 pm

    wat ever happen tak bleh dtrime akal org yg buang baby…nk pk malu…ingt baby tu tak malu ke dpt mak yg tak de ati prot cm tu….ingt ble satu ari nnti nk ank n Allah akan trik nikmat tu..sb kesalahn yg kalian buat…tak kire baby tu dari mane….die adalah rezki dr tuhan…menjadi tanggungjwb yg mngdung mjage nye…Ya Allah berat nye ati nie ble pk nsb baby2 yg cmei n ckop sifat tp dbunuh n dbuang…smoge satu ari nnti aku dapt jmpe baby2 nie di syurga….Amin…biar la mama u all tak nk pn…tp ade lg yg msh syg u all..love u all

  12. Brian said,

    16 Mei 2010 pada 1:34 pm

    Manusia zaman sekarang memang macam tu….memang kejam betul. Bikin malu Islam saja

  13. miera'e kiroro said,

    2 Jun 2010 pada 4:42 pm

    mmg salah perogol tersebut tp seharusnya mangsa tersebut tidak perlu untuk berbuat demikian rupa sehingga tercetusnya kes pembuangan bayi yang tidak berdosa itu…masihh terdapat temp[at untuk bayi yang tidak ingin dipelahara lagi itu.oleh itu,tidak perlulah membuang bayi yang tidak berdosa itu..

  14. bukang said,

    4 Jun 2010 pada 2:47 am

    xpatut kita mnyalahkn sesiapa dlm hal ni… hnya Allah saja yg tau kjadian sbenar.. tp klu dh kne rogol, watpe nk diam2, report jela klu dh xsalah… tp klu smbunyikn ssuatu di sebaliknya, no komen la..
    – biar malu di pihak yg benar drpd malu dgn kesalahan sndri..
    – sy tak setuju dgn xtak respek la, dh blajar agama tggi2, tp sggup mmbunuh..

  15. jerangkoong said,

    17 Jun 2010 pada 10:42 am

    berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. tidak semua orang memiliki akal yang cerdik untuk menimbangkan ( secara komprehensif dan jauh )tindakan yang sewajarnya dan akibat tindakan yang diambil.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: