Isu beruk: Khairy enggan ulas

Info Oleh : Fauwaz Abdul Aziz | May 5, 08 4:21pm Malaysiakini.com

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini enggan menjawab bila diminta komennya terhadap cabaran supaya beliau memohon maaf kerana memanggil peserta perhimpunan Bersih November tahun lalu sebagai beruk.

“Tiada komen, terima kasih,” kata Khairy selepas berulangkali diminta mengulas cabaran tersebut, ketika ditemui di luar dewan Parlimen hari ini.

Minggu lalu, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mencabar Khairy memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu pada 7 November tahun lalu di perhimpunan Pemuda Umno.

Khairy membuat kenyataan tersebut ketika menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan Bersih yang diadakan tiga hari selepas perhimpunan agung tersebut.

“Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum,” kata Khairy ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC.

Contohi Hishammuddin

Gobind berkata, Khairy harus mencontohi langkah ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memohon maaf  kerana menghunus dan mencium keris di perhimpunan Pemuda Umno sebelum ini.

“Sebagai wakil rakyat dan ahli parlimen Rembau, seseorang itu bukan sahaja mewakili dirinya tetapi juga mewakili semua pengundinya, di samping menjadi naib ketua Pemuda Umno dan menantu perdana menteri, saya rasa beliau patut memohon maaf.

“Ini cabaran saya kepada beliau,” kata Gobind dalam satu sidang akhbar minggu lalu, sambil menambah tindakan Khairy menggunakan istilah beruk itu sebagai ‘tidak boleh diterima”.

“Anda tidak boleh memberi gelaran sesuka hati kepada orang lain.

“Bos beliau telah mengambil langkah pertama untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Pemuda Umno terhadap rakyat Malaysia. Saya mencabar beliau (Khairy) melakukan perkara yang sama. Lakukanlah perkara yang betul dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berkata demikian,” tambahnya dalam sidang akhbar tersebut.

Perbuatan memberi gelaran adalah satu kebiasaan dalam politik Malaysia. Yang terbaru berlaku minggu lalu apabila bapa Gobind, Karpal Singh, dipanggil ‘beruk besar’ oleh seorang penyokong kerajaan selepas Karpal memanggilnya “Bigfoot”.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: