Pengakuan Gadis ” Murahan ” : 12 jam ‘layan’ 50 pelanggan

Info Oleh : Abdullah Wahab Harian Metro 02 Mei 2008

KUALA LUMPUR: Ada gadis ‘murahan’ sanggup melayan sehingga 50 pelanggan dalam tempoh 12 jam berikutan rumah pelacuran di Jalan Petaling di sini, menjadi tumpuan sempena cuti umum semalam.

Gadis pingitan berusia awal 20-an dari tanah seberang terbabit terpaksa bekerja kuat selepas rumah pelacuran tertua di ibu kota menerima sambutan luar biasa daripada lelaki hidung belang.

Beberapa gadis terbabit ketika ditemui tanpa segan-silu berkata, mereka sanggup melakukan apa saja asalkan mendapat gaji lumayan.

Seorang gadis terbabit yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Tika ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam mendakwa seawal jam 6 pagi lagi dia sudah menerima kunjungan lelaki, kebanyakannya warga asing.

“Selepas enam jam bekerja, hampir 30 lelaki sudah melanggan saya. Memang penat, tetapi demi wang, saya sanggup lakukan apa saja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dengan raut wajahnya seiras ratu gelek terkenal Indonesia, Inul Daratista, tidak mustahil dia mendapat permintaan tinggi sehinggakan puluhan lelaki sanggup beratur panjang menunggu giliran mendapatkan khidmatnya.

Malah, harga yang ditawarkan juga berpatutan cuma RM25 bagi satu sesi menjadikan dia antara pilihan lelaki termasuk daripada negara ini.

Berikutan permintaan luar biasa, Tika enggan ditemuramah lanjut kerana ingin melayan pelanggan.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sekitar kawasan itu mendapati ia tidak putus-putus menerima kehadiran lelaki seolah-olah satu pesta.

Ditambah dengan kehadiran puluhan penjual ubat kuat di kaki lima lorong hanyir itu menjadikan kegiatan tidak bermoral itu semakin rancak.

Cuti hujung minggu sempena hari pekerja semalam ternyata digunakan sepenuhnya oleh kebanyakan pekerja kontrak warga asing termasuk warga tempatan untuk meraikannya.

Turut mendapat sambutan hangat ialah beberapa rumah di Jalan Tambipillay, Brickfields di sini yang dipenuhi puluhan lelaki yang datang secara berkumpulan, bagaimanapun beberapa lorong di sekitar Chow Kit yang mendapatkan jolokan ‘syurga seks’ kurang mendapat sambutan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: