Hari Pertama SDR : Sejarah, Kekecohan dan Huru Hara

Info Oleh : Agenda Daily 30 April 2008

SEJARAH… hari pertama sidang Dewan Rakyat Parlimen Ke-13, mencatatkan sejarah apabila hanya tiga soalan sahaja yang dapat dijawab oleh pihak kerajaan. Puncanya satu setengah jam yang diperuntukkan untuk soal an lisan diwarnai dengan isu teknikal peraturan mesyuarat yang dibangkitkan oleh pembangkang.

Soalan pertama yang datang daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Muar, Razali Ibrahim yang seharusnya dijawab oleh Perdana Menteri hanya dapat dimulakan 23 minit setelah kekecohan peraturan mesyuarat dibangkitkan oleh wakil DAP Bukit Gelugur, Karpal Singh.

Antara peraturan mesyuarat yang dibangkitkan ialah tentang jumlah soalan tambahan yang dibenarkan dan jumlah perkataan soalan yang dibolehkan bagi satu pertanyaan.

Kekecohan yang berlaku sehingga memaksa Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan berdasarkan peraturan mesyuarat.

Keadaan ini dipercayai berpunca daripada semua yang membangkitkan isu teknikal tersebut ingin mengambil kesempatan daripada siaran langsung yang dibuat oleh RTM hari Rabu.

Mengulas kekecohan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku jelas membuktikan pembangkang cuba mengambil kesempatan dan mencuri tumpuan semasa siaran langsung diadakan.

“Ini taktik mereka. Selain ingin mencuri tumpuan sempena dengan siaran langsung mereka sebenarnya tidak mahu menteri menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Kerajaan serius dengan sidang Dewan Rakyat hinggakan mebuat keputusan mengubah hari mesyuarat kabinet pada hari Jumaat.

“Ini bagi memastikan semua menteri ada di dalam Dewan Rakyat untuk menjawab soalan yang berkepentingan rakyat. Malangnya hari ini mereka hanya ingin mengambil kesempatan bagi kepentingan politik sahaja,” ujar beliau.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: