Hanya tiga soalan dapat dikemuka di Parlimen hari ini

KUALA LUMPUR 30 April — Sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini terganggu hampir sejam apabila beberapa Anggota Parlimen terutama daripada parti pembangkang sering mempersoalkan beberapa peraturan mesyuarat.

Ini menyebabkan soalan pertama hanya dapat dikemukakan selepas 20 minit sesi itu bermula untuk dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun selepas itu beberapa Anggota Parlimen termasuk Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) terus membangkitkan lagi soal peraturan mesyuarat sehingga menyebabkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berulang kali meminta mereka membenarkan sesi soal jawab diteruskan.

Setelah hampir sejam kemudian, barulah soalan kedua dapat diteruskan apabila Pandikar Amin mengingatkan lagi wakil-wakil rakyat mengenai pentingnya sesi itu demi kepentingan rakyat.

Keseluruhannya hanya tiga soalan dapat dijawab setelah tempoh sesi soal-jawab selama satu setengah jam berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Persidangan bermula dengan Pandikar Amin mengumumkan pelantikan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) sebagai ketua pembangkang seperti yang dipersetujui dalam barisan pembangkang.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) kemudian terus mempersoalkan peraturan mengangkat sumpah Isnin lepas.

Pandikar Amin berkata urusan mengangkat sumpah sudah selesai dan semua yang mengangkat sumpah sudah sah menjadi Anggota Parlimen.

“Saya sudah buat keputusan dan saya rasa keputusan itu adalah muktamad. Ia adalah sah dan (itu) keputusan saya,” kata Pandikar Amin.

Walaupun sering diganggu oleh anggota-anggota Dewan, Pandikar Amin yang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Isnin lepas tetap meminta semua anggota Dewan supaya memberi kerjasama agar persidangan dapat dijalankan dengan lancar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: