Warga Emas rogol adik ipar dipenjara 57 tahun, 12 sebatan

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas yang mempunyai enam rekod jenayah sejak 1978, dikenakan hukuman penjara 57 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini kerana didapati bersalah terhadap tiga tuduhan merogol adik iparnya.

Hakim Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman itu setelah Hamzah Dollah, 56, didapati bersalah di akhir kes pembelaan merogol wanita berusia 20 tahun itu pada 2003, termasuk dilakukan di hadapan isterinya.
Noradidah memerintahkan Hamzah menjalani hukuman penjara 18 tahun bagi kesalahan pertama serta penjara 19 tahun dan 20 tahun bagi hukuman kedua dan ketiga, yang semuanya diperintahkan berjalan berasingan.

Katanya, Hamzah perlu menjalani hukuman sebat walaupun sudah lanjut usia kerana pindaan pada 2006 tidak mengecualikan pesalah rogol yang berusia 50 tahun ke atas daripada dikenakan hukuman sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Roszianayati Ahmad sebelum itu memohon mahkamah menolak faktor usia bagi mengurangkan jumlah hukuman kerana tindakan Hamzah amat kejam hingga ada ketikanya tertuduh mengugut mangsa menggunakan mesin gergaji, akan membuang mangsa ke sungai, menyimbah petrol ke badan mangsa dan mengikat kaki serta tangannya menggunakan tali.

“Dari keterangan saksi mahkamah dapat melihat bagaimana mangsa diugut bunuh, dipukul, ditumbuk dan dilempang di muka sehingga sebelah muka mangsa bengkak. Mangsa juga disepak, diterajang di perut, ditumbuk di buah dadanya dan dipijak di belakangnya.

“Perbuatan yang dilakukan tertuduh lebih hina daripada binatang,” katanya.

Roszianayati berkata mangsa begitu mempercayai Hamzah pada awalnya dan sanggup mengikut tertuduh kerana ingin mencari pekerjaan dan tertuduh tidak pernah insaf atas hukuman yang dikenakan sebelum ini malah melakukan kesalahan yang lebih besar lagi.

Mengikut rekod lampau, Hamzah pernah menjalani hukuman penjara bagi kesalahan mencuri, menyimpan harta curi dan pecah amanah.

Dia didakwa merogol adik iparnya yang berusia 20 tahun 5 bulan di sebuah kontena di Kampung Sungai Tekala, Hulu Langat, Kajang pada jam 9 malam 17 Oktober 2003.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan yang serupa terhadap mangsa di pondok dusun buah-buahan di Kampung Tuntong, Batu 21, Jalan Sungai Lui, Hulu Langat jam 10 malam 19 Oktober 2003.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan itu di tempat yang sama jam 10 malam 26 Oktobr 2003.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali jika disabitkan kesalahan. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: